Setelah Khairuddin digugurkan, Nasrudin ungkit nostalgia pertembungan Hadi dengan Nik Aziz

Oleh MHDAILY

Setelah Khairuddin digugurkan, Nasrudin bangkit nostalgia pertembungan Hadi dengan Nik Aziz. Tantawi ! Apa sikap anta terhadap Takiri ? Sekarang PAS telah mengugurkan beliau dari AJK PAS Pusat. Anta masih BERSAHABAT dengan dia ?

Begitulah antara soalan rakan-rakan menerjah bagi menguji sikap saya.

PAS Pusat telah membuat keputusan. Saya hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Saya terima dan akur. Bahkan saya percaya Takiri juga akur dan terima.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Namun keputusan PAS Pusat itu satu hal. Persahabatan saya dengan Takiri suatu hal yang lain. Bukan sahaja tidak terjejas bahkan persahabatan kami terus akrab dan baik seperti biasa.

Izinkan saya bercerita sedikit mengenai kami. Mungkin panjang sikit. Siapa yang sudi, baca lah. Kepada yang tidak, tenang-tenang sahaja. Jangan ribut-ribut.

Kata orang bijak-bijak, untuk mengenali seseorang dan mendalami hati budinya, hendaklah banyak bermusafir bersama. Banyak berinteraksi dan selalu bersama mengharungi suka duka hidup.

Keakraban kami membolehkan saya membuat nilai tersendiri pada Takiri. Saya harap Takiri sabar menempuh ujian yang bertimpa-timpa ke atasnya.

Kini pelbagai fitnah mula dikarang untuk terus “menabur garam di atas luka” yang sedia ada. Berita separa masak diadun dan digubah bagi menyempurnakan rencana mereka, merosakkan nama baik dan peribadi Takiri.

Namun saya lihat Takiri agak kental mendepani situasi. Mampu tenang dan rileks meskipun sesekali saya perasan dari raut wajahnya sedang menanggung berat beban yang sedang menindih beliau.

Terdengar pada saya dari kejauhan, sayup-sayup gerakkerja pihak tertentu yang mahu menjatuhkan Takiri seterusnya merosakkan reputasinya. Tidak hairan, keputusan PAS Pusat ini membuatkan mereka gembira sangat-sangat. Beraya sakan nampaknya mereka.😡

Sementara saya, tentunya sangat-sangat sedih melihat keadaan sahabat saya yang seorang ini. 😭 Bermula dari gugur sebagai menteri, kini gugur sebagai AJK PAS Pusat.

Saya berseloroh padanya , Takiri … anta ni rahim rapuh ker ? Asyik keguguran jer ! 😂

Ya… Apa yang boleh saya ungkap buat masa ini. Takiri … Sabran JamiiiL ! Saya tahu apa yang berlaku disebalik semua perkara ini.

صبراً جميل

Tentu sahaja Allah Azza wa Jalla Maha Mengetahui atas segalanya. Banyakkan solat dan munajat pada Allah swt. Insyaallah, suatu ketika Allah pasti menunjuk jalan dan mempamerkan keadilanNya.

Tantawi ! Kalau anta menyokong Takiri, apakah anta menyalahkan “hukuman dan orang yang menjatuhkan hukuman ke atas Takiri ?”

Adusss, ni soalan payah nak jawab. Makin rumit persoalan yang ditimbulkan. Macam mana saya nak menjawabnya ?

Beginilah. Saya flash back dulu kepada satu scene yang berlaku disuatu ketika dahulu. Perasaan serupa pernah saya alami semasa “krisis Kerajaan Perpaduan” dalam PAS.

Krisis ini mewujudkan pertembungan dingin antara Tok Guru Hj Hadi (Ayah Chik) selaku Presiden PAS dengan Tok Guru Nik Aziz (Ayah Zik) selaku Mursyidul Am PAS pada masa itu. Selanjutnya Ayah Chik dituduh nak bawa PAS masuk UMNO.

Saya mengambil sikap mempertahankan Ayah Chik bermati-matian. Saya tahu Ayah Chik benar. Kerana saya selalu ke Rusila untuk mendapatkan first hand maklumat dari Ayah Chik.

Lalu saya menulis artikel mengenai Kerajaan Perpaduan bagi menjelaskan apa maksud kerajaan perpaduan yang digagaskan oleh Ayah Chik.

Dalam masa yang sama, tidak sedikit pun hilang hormat dan kasih sayang saya pada Ayah Zik. Kerana saya juga anak murid Ayah Zik. Saya menadah kitab di Pondok Pasir Tumbuh dan saya juga menadah kitab di Dewan Zul Kota Bharu pada zaman remaja. (Sebelum masuk pondok, saya menadah kitab di masjid Rusila terlebih dahulu dengan Ayah Chik)

21. Saya sering ke Pulau Melaka mengunjungi Ayah Zik bagi mendamaikan keadaan. Tidak memadai bercakap, saya mengutus surat buat tatapan Ayah Zik bagi memurnikan persepsi Ayah Zik pada Ayah Chik dan juga pada sahabat saya seorang lagi, iaitu anaknya sendiri Ust Nik Abduh.

Kerana pada waktu itu, saya dapat maklum bahawa Ayah Zik sedikit marah dan gusar dengan Ust Nik Abduh selepas Ust Nik Abduh menulis satu artikel panas yang bertajuk “KERJA-KERJA BODOH DALAM PAS”

Artikel itu membidas “orang yang rapat” dengan Ayah Zik. Melalui surat itu saya menjelaskan kepada Ayah Zik perkara yang berlaku dengan cara dan gaya saya sendiri bagi memurnikan keadaan.

Saya tak perasan orang lain. Tapi saya pasti masa tu, saya dan Ust. Nik Abduh “berconget ekor” mempertahankan Ayah Chik.

Walaupun terpaksa berdepan dengan ayah sendiri, Ust. Nik Abduh turut bersama saya mempertahankan Ayah Chik dan aspirasi perjuangannya.

Waktu itu, saya dan Ust. Nik Abduh benar-benar mendukung gagasan Kerajaan Perpaduan yang dikemukakan oleh Ayah Chik, bahkan sehingga kini kami terus konsisten dengan semangat perpaduan tersebut agar PAS dan UMNO jangan dipisahkan dan kami sedia mendepani agent-agent pemecah perpaduan melayu Islam dalam negara ini.

Tentu sahaja perkara ini tidak mudah. Bukan sahaja mendepani “orang rapat” Ayah Zik pada waktu itu, termasuklah usaha memahamkan sebahagian ahli-ahli PAS yang melihat kami menentang Ayah Zik selaku Mursyid Am.

Walhal pada waktu itu, kami bukan menentang Ayah Zik, bahkan kami menentang mereka yang “bergayut dijubah” Ayah Zik (Mursyid Am.)

Saya masih ingat. Mereka menggerakkan usaha “pertahankan” Ayah Zik. Sehingga berlaku sebahagian mereka tidak membenarkan poster dan billboard Ayah Chik naik di Kelantan meskipun dalam musim pilihanraya kecil diadakan.

Kami pula terpaksa menggerakkan usaha atau misi “menyelamatkan” Mursyid Am dari anasir-anasir khianat dan jahat dalam parti waktu itu. Tapi …. Harga yang mahal terpaksa kami dibayar. Tidak mudah untuk memahamkan sebahagian ahli PAS.

Rata-rata ahli PAS berhujjah, tak kan lah Tok Guru Nik Aziz boleh dipengaruhi oleh orang lain ?

Maka usaha kami untuk selamatkan Ayah Zik dilihat dan di”portray”kan oleh mereka sebagai menentang Ayah Zik.

Ringkas cerita, “orang rapat” Ayah Zik tersebut mula merencana untuk bertanding Timbalan Presiden PAS dengan alasan PAS dibawah kepimpinan Ayah Chik sebagai presiden tiada hala tuju.

Masa tu, sekali lagi saya tampil mencabar “orang rapat” itu supaya terus bertanding di jawatan Presiden jika benar PAS telah hilang hala tuju. Sehingga beliau tercabar dan marah lalu memanggil saya untuk memberi penjelasan kenapa dia mahu bertanding Timbalan Presiden.

Memang masa tu, saya “lawang cacang” bersama sebahagian sahabat saya, sementara ramai juga kawan-kawan saya dan sebahagian pimpinan mengambil sikap play safe. 😌

Saya pun tidak sampai menyalahkan mereka untuk play safe. Manakan tidak, sebelah kanan presiden dan sebelah kiri mursyid am. Memang sukar untuk membuat sikap.

Allahu Akbar … panjanglah kalau saya nak cerita satu persatu. Ringkasnya sampai lah Allah tunjuk kebenarannya dengan peristiwa 2015 apabila mereka secara team block masuk pemilihan muktamar untuk mengambil alih kepimpinan PAS.

Akhirnya keseluruhan mereka tewas dan mereka semua keluar daripada PAS.

Apa yang mahu saya ungkapkan dari scene flash back ini ialah sikap dan prinsip saya. Meskipun saya berada dipihak Ayah Chik pada masa itu, sedikit pun tidak berkurang kasih dan sayang saya pada Ayah Zik.

Begitulah jawapan saya kepada soalan “payah nak jawab” yang diajukan tadi. (Rujuk no 14)

ولا حول و لا قوة إلا بالله

Malam ini pun masih bertiup angin fitnah pada Takiri kononnya beliau ditawarkan untuk menyertai UMNO, Agent UMNO, proksi Zahid Hamidi, Takiri nak langgar presiden dan sebagainya.

Gembira sungguh mereka dengan penguguran Takiri dari AJK PAS Pusat. Tidak mengapa, ambillah masa untuk bergembira …..

Sementara Takiri, nasihat saya pula, ambil lah masa untuk banyakkan munajat pada Allah swt. Terlalu banyak tuduhan dan fitnah terhadap dirinya yang beliau sendiri belum berkesempatan dan tidak diberi ruang untuk menjawab atau membela diri.

Takiri , ingat sumpah kita. Sumpah pejuang. Kita kan pejuang. Kita tahu untuk apa kita berjuang. Ingat pesan Nabi saw. Bahawa pejuang yang diiktiraf hanya pejuang yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah swt. Bukan kerana lainnya.

Justeru itu, jangan pernah lalai dan “gelecoh” dari rail perjuangan ini walau apa yang terjadi pada dirimu. “Fastaqim kama umirta”

فاستقم كما أمرت

Takiri masih boleh berperanan besar di dalam PAS sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU). Boleh sahaja kita rujuk perlembagaan PAS bagaimana bidang kuasa MSU dan juga setiausahanya.

Selain itu, Takiri juga seorang Ahli Parlimen yang baik serta aktif dan berperanan mewakili PAS, bukan sahaja di Parlimen bahkan di peringkat antarabangsa.

Terus Istiqamah. Insyaallah kebenaran pasti terungkap. Seperti kata hukama’:

“Kebenaran itu meskipun sukar ia pasti tegak sementara kebatilan itu meskipun berlarutan, ia pasti binasa.”

Sumber :

Baca Juga : Presiden Pas sahkan pemecatan Khairuddin
Setelah sah dipecat, akhirnya Khairuddin bersuara