Setelah gelar penerima vaksin sebagai ‘lembu’, penyanyi nasyid guna ayat Al Quran pertahan kenyataan

Bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad dikecam orang ramai apabila dia didakwa cuba mengunakan ayat al-Quran untuk menutup kesilapan sendiri yang menggelar penerima vaksin sebagai ‘lembu’.

Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, perbuatan Suhaimi itu nyata mengundang kepada pelbagai tomahan daripada orang ramai.

Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan Inteam dilihat telah menyekat individu yang tidak sehaluan dengan pendapatnya.

Setelah gelar penerima vaksin sebagai 'lembu', penyanyi nasyid guna ayat Al Quran pertahan kenyataan

Suhaimi menerusi hantarannya di laman Instagram.

“Sudah sekat 169 lagi, dalam al-Quran juga Allah ada sebut ‘as sufahak’ maksudnya orang-orang yang tidak cerdik, siapa terasa dia lah itu.

“Jangan ingat idea dan komen korang itu bernas sangat, nak baca sampai habis pun aku tak selera,” tulisnya semalam.

Selepas hantarannya itu mendapat perhatian orang ramai, penyanyi itu juga menggelarkan dirinya sebagai presiden bumi datar dan beliau juga lantang mengakui merupakan seorang antivaksin.

Sementara itu, Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi perkongsiannya di laman Instagramnya memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘menziarahi’ Suhaimi Saad serta menyelar tindakannya mengelar penerima vaksin lembu.

“Mohon pihak polis ziarah beliau, jauh sangat dah ini jika kurang sihat dapatkan segera rawatan.

“Jika tak nak vaksin jangan ‘dilembukan’ orang yang menerima vaksin, hiduplah dalam dunia kamu yang penuh kesenian itu,” jelas PU Syed.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/27/suhaimi-guna-ayat-al-quran-tutup-salah/

BACA JUGA : Panas !!! Surau Lapangan Terbang di Kelantan kena ‘sodok’