Setelah 4 tahun ‘seen’ member tuntut hutang, tiba-tiba minta halal

Pernah tak korang berhadapan situasi terpaksa tuntut hutang daripada rakan sendiri? Kebiasaannya, peminjam akan mencipta pelbagai alasan untuk mengelak daripada membayar hutang.

Lebih parah lagi apabila mesej yang dihantar tidak mendapat sebarang respon balas.

Seperti yang berlaku kepada wanita ini, dia menghantar mesej di ruangan Messenger Facebook sejak 2017 meminta rakannya melunaskan bayaran hutang. Namun, mesej itu dipercayai hanya ‘dibaca’.

Tidak berputus asa, dia menghantar lagi mesej pada tahun berikutnya. Dalam mesej itu, dia mengakui penat ‘mengemis’ hak sendiri. Sekali lagi, mesej tidak mendapat jawapan balas.

Akhirnya, pada 17 Ogos lalu, rakannya itu membalas mesej setelah beberapa kali didesak. Rakannya tanpa segan silu mengatakan tiada duit dan meminta hutang dihalalkan sahaja.

Setelah 4 tahun 'seen' member tuntut hutang, tiba-tiba minta halal

Assalamualaikum. Minta tolong kawan-kawan dalam FB sis ni. Sis tak larat dah nak balas mesej pada orang yang… Cuba bagi sikit sorang ayat untuk kawan lama sis ni.

Wanita ini yang mengakui tergamam meminta rakan-rakan Facebook memberi pandangan bagaimana untuk menyelesaikan hal itu.

Menurutnya, posting dibuat bukanlah untuk mengaibkan si peminjam tetapi dia sendiri sudah penat bersabar. Katanya, sudah berbelas tahun dia hanya menunggu bayaran tetapi peminjam buat sambil lewa.

Dia mengakui marah apabila si peminjam dengan selamba meminta hutang dihalalkan. Macam-macam hal, bila nak minta ‘loan’ pandai pula manis mulut kan?

Diharapkan kes hutang ini dapat diselesaikan dengan segera.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/trending/4-tahun-seen-je-bila-member-tuntut-hutang-tiba-tiba-minta-halal/

BACA JUGA : KJ redha digelar Dajjal oleh golongan antivaksin ,’Maaf saya perlu tegas’

COMMENTS

Wordpress (0)