Sesak di jambatan Pulau Pinang punca ramai graduan konvo USM terkandas

Oleh MHDAILY

Sesak di jambatan Pulau Pinang punca ramai graduan konvo USM terkandas. Ramai graduan Universiti Sains Malaysia (USM) yang akan menyertai majlis konvokesyen terkandas ekoran kemalangan maut membabitkan lori dan treler di Kilometer 8.6 Jambatan Pulau Pinang pagi tadi.

Kesesakan lebih 25 kilometer sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua di Butterworth itu turut menyebabkan pengguna jalan raya lain terperangkap berikutan hanya satu daripada tiga lorong dibuka.

Difahamkan kemalangan kira-kira pukul 5.15 pagi yang mengorbankan pemandu dan kelindan sebuah lori itu dialihkan kira-kira pukul 9 pagi.

Baca Artikel Penuh