Serangan kapak ragut nyawa remaja 13 tahun

Serangan kapak ragut nyawa remaja 13 tahun

Serangan kapak ragut nyawa remaja 13 tahun, Polis menahan seorang pelajar Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) berusia 16 tahun yang disyaki membunuh seorang lagi pelajar dan merampas sebilah kapak sebagai bukti.

Polis berkata, pelajar Tingkatan 4 itu direman untuk menjalani penilaian psikiatri dan akan didakwa atas pertuduhan membunuh esok.

Akhbar The Straits Times melaporkan mangsa berusia 13 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 1 itu ditemui maut dengan pelbagai kesan tikaman di tandas sekolah kira-kira 11:40 pagi.

Anggota paramedik mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian.

Serangan

Pilis berkata, siasatan awal mendapati dua pelajar itu tidak mengenali satu sama lain.

Susulan kejadian itu, media melaporkan kakitangan serta pelajar RVHS diarahkan berada dalam kelas dan hanya dibenarkan keluar selepas 3 petang tadi.

RVHS yang terletak di kawasan Boon Lay di Jurong Barat, ialah sekolah tinggi dengan pelajar berusia 12 hingga 18 tahun yang akan menduduki peperiksaan A-level

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/07/19/pelajar-ditahan-selepas-serangan-kapak-ragut-nyawa-remaja-13-tahun/

jika Terlepas: Aidiladha : Awas! Polis ada di lorong-lorong tikus