Seramai 3,632 penerima vaksin di Selangor belum dapat sijil di MySejahtera

Seramai 3,632 penerima vaksin di Selangor belum dapat sijil di MySejahtera. Kerajaan Selangor menerima sebanyak 3, 632 aduan daripada penerima vaksin di bawah Program Vaksin Selangor (SelVax) yang masih belum memperoleh sijil vaksin digital di aplikasi MySejahtera.

Pejabat Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor memaklumkan, kerajaan Selangor memandang serius perkara itu kerana dikhuatiri angka sebenar lebih ramai.

Kenyataan itu memberitahu, kerajaan Selangor melalui Exco Kesihatan Awam telah memohon penjelasan daripada pihak Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).

“CITF memaklumkan bahawa pihak pusat penyelidikan dan pembangunan gunaan nasional MIMOS menghadapi masalah teknikal dalam mengintegrasikan sebahagian data penerima vaksin SelVax ke dalam sistem MySejahtera,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Menurut kenyataan itu lagi, MIMOS memaklumkan bahawa proses tersebut akan memakan masa dan tidak dapat memberi tarikh sebenar ia dapat diselesaikan.

 penerima

Sehubungan itu, kenyataan tersebut memberitahu, kerajaan negeri memohon kepada pihak CITF supaya penerima vaksin di bawah program SelVax diberi kebenaran untuk menggunakan sijil vaksinasi digital SELangkah buat sementara waktu.

Kata kenyataan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju membawa cadangan membenarkan penggunaan sijil vaksin SELangkah ke Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Rabu.

“Menyedari keperluan terhadap sijil vaksinasi digital yang telah menjadi dokumen pengesahan bagi individu setelah menerima vaksin, kerajaan negeri berharap cadangan ini dapat diluluskan oleh MKN dengan kadar segera demi kepentingan rakyat di negeri ini.

“SELangkah telah menghantar sejumlah 159,919 rekod penerima lengkap dua dos vaksin SelVax kepada pasukan MySejahtera setakat Selasa,” katanya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/160261/KHAS/Covid-19/3632-penerima-SelVax-belum-terima-sijil-vaksin-digital

BACA: Gempar !!! Wujud usaha kumpul SD tukar MB Negeri Sembilan?