Seram…pulau tanpa manusia yang dilitupi awan ini kekal misteri

Seram…pulau tanpa manusia yang dilitupi awan ini kekal misteri. Misteri pulau tanpa manusia, dilitupi kepulan awan. Kebiasaanyya pulau-pulau memang dikenali sebagai tempat semula jadi yang indah dan sering menjadi tumpuan pelancong.

Namun, sebuah pulau di Atlantik ini mempunyai keunikan tersendiri, bagaikan pulau yang dilindungi awan.

Pulau Luytla-Duymun terletak antara Scotland dan Iceland. Titik tertinggi di pulau ini adalah Gunung Raven iaitu setinggi 414 meter.

Serampulau tanpa manusia yang dilitupi awan ini kekal misteri

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Keluasan pulau ini tidaklah besar mana, cuma 0.8 kilometer persegi dan menjadikan ia antara pulau terkecil daripada 18 Kepulauan Faroe di Atlantik.

Oleh kerana bentuk muka buminya berbukit dan bersaiz kecil, tiada manusia mendiami pulau ini. Hidupan yang wujud di sini hanyalah beberapa jenis haiwan seperti kambing biri-biri dan spesies tumbuhan liar yang hidup di sekitar Gunung Raven.

Walaupun tidak dikunjungi manusia, pulau ini mempunyai keunikan tersendiri apabila menjadi lokasi ‘kunjungan’ awan, satu fenomena unik yang jarang berlaku di pulau.

Sekalipun sepi daripada kehadiran manusia, Luytla-Duymun tidak pernah sunyi daripada menjadi tempat persinggahan kepulan awan.

Pulau ini tidak dikunjungi manusia, sebaliknya dikunjungi awan.

Serampulau tanpa manusia yang dilitupi awan ini kekal misteri

Fenomena awan di pulau tersebut sesuatu yang unik kerana formasinya kelihatan seolah-olah awan sedang berehat di pulau itu. Ada ketikanya awan tersebut kelihatan seakan berbentuk topi yang sedang melindungi seluruh pulau indah itu.

Dari sudut pandangan ahli meteorologi, fenomena sedemikian sebenarnya ada kaitan dengan perubahan cuaca yang disebut sebagai Orographic lift. Ia merupakan istilah yang merujuk kepada keadaan cuaca akibat gerakan jisim udara ke atas sebuah gunung atau dataran tinggi.

Bagaimana awan unik itu boleh berada betul-betul di atas puncak gunung dan menutupi pulau tersebut?

Dalam bahasa mudah, situasi ini merujuk tentang bagaimana gunung dan dataran tinggi mengubah keadaan cuaca yang berlaku di wilayah tertentu. Proses ini suatu perkara yang biasa untuk situasi Orographic lift dalam menghasilkan cuaca sejuk dan lembap. Lebih-lebih lagi, jika udara telah meningkat naik ke atas pergunungan.

Ketika jisim udara bergerak naik ke atas, suhu udara panas akan berubah menjadi sejuk, lalu menurun ke tahap tepu dan wap air mengewap menjadi titik-titik air, maka terbentuklah awan. Jenis awan yang terhasil daripada tindak balas akibat topografi bumi ini dipanggil ‘awan orographic’.

Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan berat yang boleh mencapai beberapa juta tan.

Saat awan tidak mampu lagi menampung bebanan, perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Sehingga sampai satu peringkat, titik-titik itu akan jatuh ke bawah dan turunlah sebagai hujan.

Serampulau tanpa manusia yang dilitupi awan ini kekal misteri

Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, ia akan mengewap dan kemudian menghilang. Inilah yang menyebabkan awan selalu berubah-ubah bentuknya.

Di samping itu, air yang terkandung di dalam awan juga berubah-ubah kerana sering mengewap dan cair. Itu sebabnya kenapa ada sebahagian awan yang tidak menurunkan hujan dan bergerak ke arah lain saat ditiup angin.

Pulau Luytla Duymun menjadi tempat ‘persinggahan’ awan.

Serampulau tanpa manusia yang dilitupi awan ini kekal misteri

Memahami proses kejadian itu sekali gus memberi kefahaman kepada kita tentang situasi yang berlaku di Pulau Luytla-Duymun. Fenomena yang disebut sebagai Orographic lift memberi impak kepada pembentukan awan indah yang menyelubungi pulau tersebut. Kejadian serupa turut berlaku di kawasan pergunungan seluruh dunia.

Oh ya, nama pulau iaitu ‘Duymun’ dipercayai berasal daripada bahasa Celtic. Bahasa ini merupakan kumpulan bahasa dalam keluarga Indo-Eropah seperti Jerman, Sweden, Belanda dan Inggeris.

Pada tahun 1850, Pulau Luytla-Duymun pernah dibeli oleh seorang raja Denmark dalam misi mengumpul hasil kekayaan dan tanah jajahan.

Tonton:

Baca:

Apa akan berlaku kepada dunia jika ais antartika cair dalam satu malam?

Ini sejarah Mydin yang ramai tidak tahu, bermula dengan kedai papan sahaja

Pasangan suami isteri kena penjara sebab dera anjing sendiri

[/bg_collapse]

CATEGORIES