Semua Tadika Swasta dibenarkan beroperasi di seluruh negara

Oleh MHDAILY

Semua Tadika Swasta dibenarkan beroperasi di seluruh negara.Semua tadika swasta dan pusat perkembangan minda kanak-kanak di negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi sejak Jumaat lalu.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, pihaknya mendapati banyak pihak keliru mengenai pengoperasian premis terbabit di negeri berkenaan.

“KPM ingin menjelaskan bahawa semua tadika swasta, tadika di sekolah swasta, tadika di sekolah antarabangsa dan tadika di sekolah ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi murid berumur empat hingga enam tahun di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 telah dibenarkan beroperasi mulai 17 September 2021 untuk anak-anak yang ibu bapa atau penjaga bekerja.

Baca Artikel Penuh