Semua pihak perlu bertenang, kata Anwar

Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan Perdana Menteri hari ini disambut baik semua pihak dan akan membuka ruang ke arah perubahan buat negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak bertenang dan berdoa supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tantangan kesihatan dan ekonomi saat ini.

“Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara,” kata Presiden PKR itu dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

May be an image of 1 person and text that says "Keputusan Tan Sri Mahiaddin Yassin untuk meletakkan jawatan hari ini disambut baik serta akan membuka ruang ke arah perubahan buat negara. Saya menggesa semua pihak untuk bertenang dan berdoa supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tantangan kesihatan dan ekonomi saat ini. Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara. ANWAR IBRAHIM 16 Ogos 2021 @anwaribrahim Anwa"

Terdahulu Muhyiddin memaklumkan beliau menyembah warkah surat peletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Namun Seri Paduka berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2021/08/anwar-mohon-semua-pihak-bertenang/

BACA JUGA : PRU-15 bukan pilihan terbaik masa ini – Agong

CATEGORIES