“Semua kerja rumah aku buat, bini aku asyik cakap penat je, patutlah penat rupa-rupanya ini kerja dia”“Penatlah hari ni.”
Bukan hanya di penghujung hari, malah ungkapan “penat” sudah terluncur dari mulutnya seawal pagi sesudah subuh hari.
Sedikit latar belakang buat gambaran pembaca yang budiman. Kami tiga beranak – saya, isteri, dan anak lelaki yang berumur 1 tahun 6 bulan.
Penatnya.”
“Awak, saya penat lah.”
“Awak tak penat ke?”
Demikianlah ungkap sang isteri saban hari, saban waktu.
Kami sebelum ini PJJ, namun setelah saya dapat bertukar tempat kerja ke negeri tempat isteri bekerja, maka bermulalah episod kami tinggal sebumbung.
Semuanya baik sahaja, kami tidak ada gaduh yang besar. Hubungan suami isteri juga baik, solat pun berjemaah.
Cuma itulah, isteri selalu mengungkapkan yang dia penat.
Saya sendiri pun sampai jadi tak tahu nak beri respon yang bagaimana.
Sebab selain memasak dan menyusukan anak – bermaksud kemas rumah, mandikan anak, tidurkan anak, basuh baju, sidai baju, lipat baju,
Basuh pinggan mangkuk periuk kuali, sapu lantai, mop lantai, cuci bilik air, buang sampah, kemas bilik dan tempat tidur – semuanya saya dah buat.
Hantar/ ambil anak ke/ dari pengasuh pun saya.
Tetapi itulah, saya tetap dihujani dengan rungutan daripada isteri bahawa dia penat.
Mula mula saya layankan juga, saya urutkan badannya walaupun dia tak minta.
Saya ‘volunteer’ jaga anak dan bagi dia masa untuk keluar masa weekend.
Tetapi, tetap dia akan kata yang dia “penat” untuk tak buat apa apa. Dia akan, tidur. Ya, tidur.
Dan ungkapan “penat” yang tanpa henti saban hari saban detik daripada sang isteri ini sebenarnya telah dalam diam dan perlahan lahan membuatkan saya, penat.
Niat baik saya membuat tugasan rumah pada awalnya adalah atas dasar tanggungjawab saya selaku ketua keluarga, suami, dan juga bapa, selain untuk memudahkan urusannya, dan mengurangkan bebannya.
Namun kini saya rasa seperti diambil kesempatan atas segala kebaikan itu.
Balik kerja, isteri beritahu yang dia penat.
Jadi saya kata padanya, “Tak perlulah masak, saya beli saja otw balik kerja nanti.”
Pada mulanya dia akan kata “Tak apa, dia masak.”
Tapi sejak sebulan dua yang lalu, isteri sendiri akan ‘arahkan’ saya beli saja makan malam, sebab dia penat.
Sedangkan kalau untuk berbekal ke tempat kerja, rajin pula isteri bangun awal pagi untuk memasak. Dan isteri masak hanya untuk dirinya.
Saya pernah bertanya kepada isteri, kenapa tak masakkan bekal untuk saya sekali.
Isteri jawab, “Awak kan keluar makan dengan kawan kawan office.”
Hujung minggu, saya berhempas pulas menguruskan rumah yang saya percaya sama dengan aktiviti seperti mana keluarga lain – mengemas rumah, mendobi, dll.
Tapi isteri saya, dia tak akan buat semua itu. Dia akan masak sarapan, kemudian sambung tidur.
Segala aktiviti lain, saya yang buat dan selesaikan – daripada menguruskan anak sehinggalah rumah dan pakaian, semuanya saya. Buntu saya.
Sehinggakan hari ini, sudah hampir setahun kami tinggal sebumbung.
Saya rasa makin tak gembira dan mencari cari di manakah seronoknya tinggal sebumbung dengan pasangan itu jika hampir semua urusan hanya satu pihak sahaja yang melakukannya.
Saya sampai langsung berdoa agar biarlah saya ditukarkan ke tempat kerja yang jauh, agar kami kembali PJJ.
Ada kawan yang kata, “Isteri kau balas dendam tu masa PJJ dulu kau tak ada.”
Entahlah. Sebab dulu masa PJJ bukannya isteri duduk seorang diri, dia duduk bersama keluarganya di rumah mentua saya.
Adakah dia benar benar penat, atau apa sebenarnya? Saya pun tak tahu. Saya harap dia benar benar penat.
Dan jika penatnya berkait dengan exhausted/energy drained yang terlampau, saya willingly nak bawa isteri pergi terapi dan rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap sangat penat itu bukan berdalih bagi malas yang disembunyikan..
Reaksi Warganet
Nur Hela –
Bukan penat, tapi malas nak merenyah orang utara kata. Bahasa mudah, penyegan.
Sori, this is bitter truth.. bini awak pemalas. Dia cuma rajin bila benda tu dia suka.
Masak untuk diri sendiri boleh pulak. Kalau sakit, tak macamtu. Semua benda taknak buat kalau sakit. Nak pergi kerja pun malas.
Maaf kalini tak dapat bekap perempuan. Sebab aku pun pernah ada anak anak kecik, bf sampai 2 tahun setengah.
Hari hari hadap jem, yes dekat mulut memang “malas” sentiasa tapi tangan tetap jalan. Tanggungjawab kena galas.
Dapat pulak pasangan yang bagus macam tt, sepatutnya isu penat ni tak melarat.
Semua orang pun penat. Tapi tak semua orang malas.
Saya rasa saya pernah ada dalam situasi macam tu. Rasa penat sangat walaupun tak buat apa.
Tapi sebenarnya lebih kepada penat emosi dab mental. Penat ada anak kecik ni. Tak terungkap rasa.
Dengan sakit badan lagi. Dengan fikir nak bagi anak makan apa, fikir perkembangan anak lagi, nak bagi yang terbaik untuk anak dan suami, risau macam macam benda sampai tahap overthinking.
Try slow talk dengan isteri. Ajak dia keluar beriadah. Cari tips untuk relaks. Jangan biarkan melarat.
Benda ni memang real yer. Sebab takut nanti anak tu jadi mngsa
Anno Nymos –
Rasanya senang kalao saudara tanya direct kat isteri sendiri. Penat apetu.. meh bincang.
Jangan assume, jangan main teka teki sendiri tanpa berkomunikasi. Kadang masalah partnership adalah komunikasi.
Saudara rasa dah buat habis baik dah tapi dia tetap penat. Dia rasa penat sampai mampu cakap penat je. Takde healthy communication.
Bincang elok elok draripada saudara sendiri dalam diam penat dan sibuk nak lari dari masalah.
Contoh soalan mudah bagi seorang suami nak tanya, macam ni;
1. Lepas dia ckakap penat. “Penat kenapa tu, meh share”
2. “Kesian awak penat. Meh citer dekat saya kenapa awak penat”
3. “Saya memang tak boleh la dengar isteri saya penat. Cuba bagitahu saya siapa buat awak penat ni”
4. Atau masa dia takde mengadu penat tapi saudara tengok mood dia helok “awak, saya perasan awak selalu sangat mengadu penat.
Boleh tak awak bagitahu saya kenapa awak selalu penat? Saya nak tahu je ape benda atau punca yang menyebabkn awak penat”
BACA: