Sempena Hari Raya Korban, netizen minta Azmin berkorban letak jawatan

Sempena Hari Raya Korban, netizen minta Azmin berkorban letak jawatan

Sempena Hari Raya Korban, netizen minta Azmin berkorban letak jawatan.Perutusan Hari Raya Aidiladha oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam ini hanya mengundang deretan kecaman dan sindiran warganet.

Orang ramai dilihat terus menempelak Ahli Parlimen Gombak yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu dengan menuntutnya segera meletak jawatan.

Rata-rata menganggap Azmin dan kerajaan PN gagal mengekang lonjakan penularan jangkitan pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan dua kali rakyat Malaysia tidak dapat merayakan Aidilfitri dan Aidiladha seperti tahun-tahun sebelum ini.

Raya

“Buatlah pengorbanan letak jawatan, barulah bermakna Raya kali ini,” perli Nazmi Razak antara lebih 400 komentar selepas sejam hantaran itu dimuatnaik malam ini.

Sementara itu, Hazlin Fazini pula secara sinis menulis, “Selamat Hari Raya Min (Azmin). Di hari baik bulan baik ini, letaklah jawatan. Terima kasih Min.”

Hal sama juga dibangkitkan Mohd Ridhwan Mora yang menyifatkan Azmin akan muncul sebagai pemimpin yang akan diingati melakukan pengorbanan besar dengan berundur dari kerajaan PN.

“Sempena Hari Raya Aidiladha edisi C19 (Covid-19), DS (Datuk Seri) boleh berkorban dengan meletakkan jawatan,” katanya.

Bahkan, abang kepada selebriti kontroversi, Azwan Ali itu juga diingatkan agar ‘berkorban’ untuk tidak menjadi calon bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Sesungguhnya dengan tidak bertanding pada PRU akan datang merupakan suatu pengorbanan juga,” tulis Shah Rizal.

Terdahulu, Azmin berpendapat meneladani sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah memberikan kekuatan buat semua bagi mendepani cabaran masa kini.

“Kesabaran dan keyakinan penting untuk menjamin penyelesaian yang holistik demi kemaslahatan pada masa akan datang,” kata Azmin dalam perutusan Aidiladhanya.

Minggu lalu, dia juga menerima kecaman orang ramai bertalu-talu ekoran bergambar di lokasi masjid ikonik di Turki, Hagia Sophia.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/malam-hari-raya-korban-orang-ramai-desak-azmin-berkorban-letak-jawatan/

Jika Terlepas:Terus kekalkan disiplin ketika sambut Aidiladha – Agong