Sempat akad nikah di hospital sebelum meninggal dunia, ‘real’ cinta hujung nyawa

Oleh MHDAILY

Sempat akad nikah di hospital sebelum meninggal dunia, ‘real’ cinta hujung nyawa.Perkongsian video seorang lelaki dari Indonesia dikenali sebagai Baskoro di laman TikTok, mengundang sebak orang ramai selepas isteri tersayang dijemput Sang Pencipta. Video pendek yang dikongsi mendapat hampir 14 juta tontonan dan rata-rata netizen turut mendoakan supaya pemuda ini terus cekal.

Menerusi video pendek dikongsi, dapat dilihat upacara akad nikah yang berlangsung di hospital dan majlis tersebut dihadiri oleh keluarga yang terdekat. Bagaimanapun apa yang lebih menyedihkan, apabila melihat keadaan pengantin wanita yang hanya terlantar di atas katil sebelum suaminya bersalaman dan menciumnya selepas mereka sah bergelar suami isteri.

Namun kebahagiaan pasangan ini tidak berkekalan, selepas pengantin wanita meninggal dunia dan dapat dilihat batu nisan yang dikongsi pada hujung video tersebut. Menerusi video yang lain, lelaki ini sempat berkongsi momen-momen kenangan bersama Allahyarhamah isterinya.

Baca Artikel Penuh