Seminggu untuk peniaga, Farmasi habiskan stok kit ujian Covid-19 sedia ada – Timb Menteri

Seminggu untuk peniaga, Farmasi habiskan stok kit ujian Covid-19 sedia ada .Kerajaan bersetuju memberi tempoh penangguhan selama seminggu kepada peniaga dan pengusaha farmasi untuk menghabiskan stok sedia ada kit ujian kendiri Covid-19 bermula esok.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid berkata tempoh seminggu itu diharap dapat meminimumkan kerugian kepada peniaga dan pengusaha farmasi.

“Kami faham mereka pun beli dengan harga lebih dari RM16 dan RM19, jadi masa seminggu itu kami beri mereka habiskan stok sedia ada agar tidak menanggung kerugian besar apabila harga siling berkuat kuasa.

Seminggu

“Pemantauan oleh KPDNHEP tetap dijalankan bermula esok, cuma tindakan undang-undang hanya akan diambil sekiranya peniaga dan pengusaha farmasi menjual lebih daripada harga siling selepas tempoh seminggu tamat,” katanya selepas melawat projek ikan air tawar generasi kedua Felda Bukit Bading di Kuala Berang, Terengganu hari ini.

KPDNHEP menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri Covid-19 pada harga RM19.90 manakala harga borong RM16 berkuat kuasa esok dan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Individu yang menjual melebihi harga maksimum boleh didenda mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala bagi syarikat, boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/589947

BACA: “Saya terus setia dengan Umno walaupun digantung”

Artikel ini disiarkan pada 04/09/2021