Sembunyi ‘bluetooth’ dalam selipar untuk meniru waktu peperiksaan

Sembunyi ‘bluetooth’ dalam selipar untuk meniru waktu peperiksaan.Seramai 10 orang dilaporkan telah ditangkap di India kerana merancang untuk menipu dalam peperiksaan dengan menggunakan peranti Bluetooth yang disembunyikan di dalam selipar mereka.

Difahamkan, Peperiksaan Kelayakan Rajasthan untuk Guru (REET) itu telah berlangsung pada Ahad lalu dan melibatkan 1.6 juta pelajar. Polis dikatakan mempunyai kebenaran untuk merampas akses internet mudah alih ketika peperiksaan itu berlangsung, lapor South China Morning Post.

Namun, sekumpulan pelajar dipercayai telah merancang menyelesaikan soalan peperiksaan dengan menggunakan peranti yang tersembunyi di dalam tapak selipar mereka yang boleh menerima panggilan biasa dan dihantar tanpa wayar ke alat penerima kecil yang tersembunyi di telinga mereka.

'bluetooth

Mereka ditangkap setelah bertindak dalam keadaan yang mencurigakan di luar dewan sebelum peperiksaan bermula.

“Kami menyedari kemungkinan berlakunya penipuan tetapi kami fikir mungkin ia hanya melibatkan kebocoran kertas soalan atau seseorang akan menggunakan internet.

“Pun begitu, ini adalah modus operandi yang baru dan tidak pernah dibuat sebelum ini. Mereka semakin pintar,” kata seorang pegawai.

Siasatan menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 25 pelajar telah membeli selipar dengan harga 600,000 rupee (RM33,879) sepasang.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/10/02/calon-guru-kantoi-guna-selipar-dilengkapi-bluetooth-untuk-meniru-dalam-peperiksaan/

BACA: Ubahsuai Seri Perdana : Najib sekolahkan Muhyiddin

COMMENTS

Wordpress (0)