Semakin terkenal, ramai founder ambil Kak Long 7E promosi produk

Oleh MHDAILY

Semakin terkenal, ramai founder ambil Kak Long 7E promosi produk. Sebelum ini tular video menunjukkan seorang wanita mengamuk di sebuah 7-Eleven apabila dikatakan seorang pekerja di kedai berkenaan didakwa ‘menuduh’ anak kepada wanita ini mencuri.

Terbaharu, tular pula video memaparkan wanita terbabit bersama anaknya membuat ‘review’ makanan di sebuah kafe di Terengganu. Video tersebut telah dikongsikan kembali oleh pengguna media sosial dan menjadi perhatian orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa pelik kerana kafe tersebut telah memanggil wanita terbabit untuk membuat review sedangkan terkenal disebabkan tingkahlaku yang ‘biadab’.

Baca Artikel Penuh