Seluruh Seremban kena PKPD bermula 9 Julai – Ismail Sabri

Oleh MHDAILY

Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan berkuat kuasa 9 Julai hingga 22 Julai 2021.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan lapan mukim iaitu mukim Ampangan, Labu, Lenggeng, Pantai, Rantau, Rasah, Seremban dan Setul.

“Hasil pemantauan yang telah dilakukan KKM mendapati, daerah ini mencatatkan peningkatan kes dan setakat 4 Julai 2021, sebanyak 5,504 kes aktif telahpun direkodkan di lokaliti ini.

seremban

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Pada masa sama, KKM juga mengesahkan penularan kes masih berlaku dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini sekali gus memerlukan kaedah pemutusan jangkitan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan penduduk di kesemua mukim yang terlibat serta mengekang penularan COVID-19.

Dalam pada itu, turut dikenakan PKPD ialah enam lokaliti di Sabah serta masing-masing satu lokaliti di Pahang, Johor dan Kelantan.

Berikut perincian sembilan lokaliti yang diumumkan:

PKPD Kampung Sungai Imam, Tawau, Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Kampung Sungai Imam, Tawau, Sabah.
Terdapat peningkatan kes apabila KKM telah merekodkan 11 kes positif COVID-19 setakat ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di
Kampung Sungai Imam, Tawau, Sabah berkuat kuasa 9 Julai sehingga 22 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

PKPD 2 perkampungan di Putatan, Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di dua perkampungan di Putatan, Sabah iaitu Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat.
Sehingga kini, sebanyak 17 kes positif telah dikesan di Kampung Lembising manakala di Kampung Dumpil Keramat, 10 kes direkodkan.
KKM juga mendapati berlaku peningkatan kes dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di
dua (2) perkampungan di Putatan, Sabah berkuat kuasa 9 Julai sehingga 22 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan.

PKPD Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah melaporkan situasi COVID-19 di Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.
KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes yang ketara dalam tempoh yang singkat apabila sebanyak 31 kes positif direkodkan hasil saringan ke atas 132 orang di lokaliti tersebut dengan kadar positiviti 23.5%.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di
Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah bermula dari 9 Julai hingga 22 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan lain.

PKPD Kampung Balibata, Beaufort, Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Kampung Balibata, Beaufort, Sabah.
Setakat ini, KKM telah merekodkan 12 kes positif COVID-19 setelah menjalani 25 ujian saringan di lokaliti tersebut dengan kadar positiviti sebanyak 48.00%.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di
Kampung Balibata, Beaufort, Sabah berkuat kuasa 9 Julai sehingga 22 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

PKPD Kampung Pintasan, Kota Belud, Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Kampung Pintasan, Kota Belud, Sabah.
Setakat ini, KKM telah merekodkan 11 kes positif COVID-19 setelah menjalani 34 ujian saringan di lokaliti tersebut dengan kadar positiviti sebanyak 32.35%.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di
Kampung Pintasan, Kota Belud, Sabah berkuat kuasa 9 Julai sehingga 22 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

PKPD Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan, Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan, Sabah.
Sehingga kini, KKM telah melakukan 238 ujian saringan dan sebanyak 25 kes positif COVID-19 telah direkodkan dengan kadar positiviti 10.50 %.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di
Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan, Sabah berkuat kuasa 9 Julai sehingga 22 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

PKPD Kuarters Pekerja Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan, Pahang

Setakat ini, KKM telah merekodkan 147 kes positif COVID-19 setelah menjalani 4,278 ujian saringan dengan kadar positiviti sebanyak 3.4%.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di

Kuarters Pekerja Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan, Pahang berkuat kuasa 9 Julai sehingga 22 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menjalankan pengesanan awal keskes disyaki COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin.

PKPD Kawasan Perindustrian Indahpura serta tujuh lokaliti dalam Kawasan Perindustrian Senai

KKM hari ini telah melaporkan situasi COVID-19 di Kawasan Perindustrian dalam daerah Kulai, Johor (melibatkan Kawasan Perindustrian Indahpura serta tujuh lokaliti dalam Kawasan Perindustrian Senai iaitu:

. Kawasan Perindustrian Indahpura
. Kawasan Perindustrian Senai:
• Kawasan Industri Senai Fasa 1
• Kawasan Industri Senai Fasa 2
• Kawasan Industri Senai Fasa 3
• Kawasan Industri Senai Fasa 4
• Taman Perindustrian Senai
• Taman Perindustrian Murni Senai
• Senai Airport City (SAC)

KKM mengesahkan terdapat 7 kluster yang melibatkan kesemua lokaliti tersebut dengan jumlah kes yang sangat tinggi.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kawasan Perindustrian Indahpura serta tujuh (7) lokaliti dalam Kawasan Perindustrian Senai seperti yang dinyatakan bermula dari 9 Julai hingga 22 Julai 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan lain.

PKPD 2 Taman Perumahan di Kota Bharu, Kelantan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di dua (2) Taman Perumahan dalam daerah Kota Bharu, Kelantan iaitu Taman Kurnia Jaya dan Taman Pinggiran Golf.
Hasil pemantauan yang telah dilakukan KKM mendapati trend kes meningkat dan setakat ini, 36 kes positif direkodkan hasil daripada 83 saringan dengan kadar positiviti 43.4%.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di
dua (2) Taman Perumahan dalam daerah Kota Bharu, Kelantan berkuat kuasa 9 Julai sehingga 22 Julai 2021.

Pelaksanaan PKPD akan membantu aktiviti pengesanan kes dan saringan kontak dengan berkesan supaya kes dan kontak dapat diasingkan dengan segera.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkpd-di-seluruh-daerah-seremban-mulai-9-julai-307184

BACA JUGA : TPM : Ismail Sabri ucap terima kasih atas sokongan Zahid