Seluruh dunia akan hadapi fonomena “Ekuinoks” pada Mac dan September ini

Seluruh dunia akan hadapi fonomena “Ekuinoks” pada Mac dan September ini. Ketika fenomena ini berlaku, kedudukan Bumi dan Matahari akan berada pada jarak paling dekat dalam sistem solar ketika itu. Bumi dijangka akan mengalami satu fenomena alam di mana masa siang dan malamnya sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam. Fenomena yang dikenali sebagai Ekuinoks ini biasanya akan berlaku dalam bulan Mac dan September setiap tahun.

Fenomena Ekuinoks | Matahari Melintasi Garis Khatulistiwa
Fenomena ini berlaku kerana Matahari bergerak melintasi garisan Khatulistiwa bagi mengubah kedudukannya dari Hemisfera Selatan ke Hemisfera Utara dan sebaliknya selepas 6 bulan ia berada di posisi yang sama.

Untuk tahun 2022 ini, diramalkan fenomena Ekuinoks ini akan berlaku pada hari Isnin, 21 Mac 2022 nanti.

Seluruh dunia akan hadapi fonomena "Ekuinoks" pada Mac dan September ini

Pada tarikh itu, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa pada sepanjang hari tersebut.

Ketika itu, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.

Tengahari Tanpa Bayang

Kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador akan mengalami waktu tengahari yang dikenali sebagai “tanpa bayang”.

Ia berlaku kerana Matahari akan betul-betul berada ‘terpacak’ di atas kepala.

Sementara peristiwa tengahari tanpa bayang di Malaysia pula dijangka akan berlaku sedikit lewat selepas ekuinoks seperti di Kota Tinggi akan berlaku pada 25 Mac 2022, di Kuala Lumpur & Putrajaya pada 28 Mac 2022 dan di Kuala Terengganu pada 3 April 2022.

Fenomena Ekuinoks ini sekali lagi akan berlaku dalam bulan September nanti.

Diramalkan ia akan berlaku pada hari Jumaat, 23 September 2022 mulai jam 09:03 pagi.

Seluruh dunia akan hadapi fonomena "Ekuinoks" pada Mac dan September ini

Pada tarikh itu, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh selama satu hari sama sepertimana bulan Mac.

Kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa sekali lagi akan mengalami peristiwa tengahari “tanpa bayang” pada hari itu.

Manakala peristiwa tengahari tanpa bayang di beberapa lokasi di Malaysia pula dijangka akan berlaku lebih awal pula sebelum ekuinoks September seperti di Kuala Terengganu pada 9 Sept. 2022, di Kuala Lumpur pada 14 Sept. 2022, di Putrajaya pada 15 Sept. 2022 dan di Kota Tinggi pada 18 Sept. 2022.

Peningkatan Suhu Seluruh Dunia
Ketika fenomena ini berlaku, seluruh dunia dijangka akan alami sedikit peningkatan suhu.

Tetapi negara-negara beriklim tropika khususnya seperti negara kita Malaysia, cuaca dijangka akan menjadi lebih panas kerana Matahari berada tepat pada garisan khatulistiwa.

Oleh itu, jika fenomena itu berlaku orang ramai dinasihatkan supaya perbanyakkan meminum air, kerap mandi dan elakkan terdedah lama di bawah Matahari.

Tonton:

Baca:

Semua anak pasangan buta ini berjaya ke menara gading,hanya jual tisu di jalanan

“Siti Nurhaliza pun kalah!” Gelagat lelaki ini jadi akak Tom Yam buat netizen ketawa

Susah nak tamatkan Google dan Netflix, Korea Selatan denda dua gergasi itu

CATEGORIES