Selepas Zul Ariffin, Hisyam Hamid pula buat ‘aksi ghairah’ dukung pelakon seksi

Selepas Zul Ariffin, Hisyam Hamid pula buat ‘aksi ghairah’ dukung pelakon seksi. Gara-gara aksi mendukung pelakon Scha Elinnea dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan, nama Hisyam Hamid menjadi sebutan ramai apabila ia turut dikaitkan dengan kes yang membabitkan Zul Ariffin sebelum ini.

Melihat perkara ini sebagai sesuatu yang sensitif untuk diperkatakan, Hisyam, 37, enggan mengulas panjang kerana bimbang setiap komen yang diberikan akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

“Perkara ini terlalu sensitif bagi sesetengah pihak. Jadi lebih elok saya tidak bercakap banyak tentang perkara ini kerana bimbang akan disalah tafsir.

“Babak tersebut memang ada dalam skrip dan banyak projek lain sebelum ini mempunyai adegan seperti itu. Cuma penonton memberi perhatian kerana drama ini mendapat sambutan baik,” katanya kepada mStar.

Video Hisyam mendukung Scha dalam drama tersebut yang dimuat naik di laman TikTok sebelum ini mendapat kecaman netizen.

Selepas Zul Ariffin, Hisyam Hamid pula buat 'aksi ghairah' dukung pelakon seksi

Baca Artikel Penuh