Selepas warga emas ditangkap jam 4 pagi, netizen mula tular #SanusiKoyak

Oleh MHDAILY

Selepas warga emas ditangkap jam 4 pagi, netizen mula tular #SanusiKoyak. Warganet dilihat mencemuh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor susulan penahanan seorang warga emas yang sebelum itu mengecam pemimpin Pas tersebut.

Lelaki berusia 61 tahun terbabit ditahan di Lenggeng, Negeri Sembilan pada 3.57 pagi semalam susulan laporan polis yang dibuat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki itu yang menggunakan akaun ‘Kamal Hero Malaya’ di Facebook dipercayai memuat naik video berdurasi kira-kira sembilan minit mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sanusi.

Baca Artikel Penuh