Selepas TH, kerajaan PN digesa tubuh RCI untuk kes Adib dan Tommy Thomas

Oleh MHDAILY

Selepas TH, kerajaan PN digesa tubuh RCI untuk kes Adib dan Tommy Thomas. Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) meminta Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi fokus terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Lembaga Tabung Haji dan isu bekas peguam negara Tommy Thomas.

Majlis itu juga mahu Ismail Sabri menyegerakan inkues kedua terhadap kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Kassim.

Pengerusinya Shahidan Kassim berkata, tiga isu itu begitu penting kerana ia membabitkan kepentingan orang awam dan sebagai cara memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan.

kerajaan

“Kami juga berharap timbalan perdana menteri akan membantu perdana menteri untuk memberi fokus terhadap pentadbiran negara, menyegerakan proses vaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok dan melihat keperluan orang ramai dalam setiap kawasan Parlimen dengan mengagihkan lebih banyak bantuan makanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Kabinet bersetuju menubuhkan RCI terhadap Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi menyiasat isu audit dan pengurusan.

Ismail Sabri berkata, Jabatan Perdana Menteri akan menentukan senarai ahli RCI, terdiri daripada beberapa pakar undang-undang syariah dan sivil, perbankan dan pelaburan Islam.

Mengenai Thomas, PNBBC berkata mereka mahu buku kontroversi tulisannya bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”, turut disiasat.

Manakala inkues kes kematian Adib pula, mereka berkata ia adalah untuk keadilan dan proses kehakiman negara.

Inkues pada 2019 memutuskan kematian Adib adalah disebabkan oleh perbuatan jenayah dilakukan oleh lebih dua orang.

Polis mencadangkan satu lagi inkues oleh Abdul Hamid Bador sebagai ketua polis negara ketika itu yang mengatakan terdapat beberapa saksi baharu yang akan memberi keterangan dalam kes berkenaan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/15/tubuh-rci-untuk-kes-tommy-thomas-dan-adib-juga-kerajaan-diberitahu/

Jika Terlepas: KKM belum dapat pastikan kewujudan kluster PPV IDCC