Selepas MIC, giliran MCA pulak bidas Zahid

Oleh MHDAILY

Susulan pendedahan Presiden MIC SA Vigneswaran yang berkata kenyataan Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa bahawa BN merayu kepada Yang di-Pertuan Agong agar menitahkan supaya sidang parlimen diadakan segera sebagai tidak tepat, hari ini beberapa pemimpin BN tampil mengesahkannya.

“Saya sahkan apa dikatakan oleh Viki (Vigneswaran) adalah betul,” kata Presiden MCA, Wee Ka Siong ketika dihubungi Malaysiakini.

Timbalan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup pula berkata: “Dewan Tertinggi BN tidak setuju berhubung kenyataan media yang dikeluarkan (oleh presiden Umno).”

Baca Artikel Penuh