Selepas kena kecam sengaja buka aurat, ini respon Uyaina

Selepas kena kecam sengaja buka aurat, ini respon Uyaina. Selebriti popular Uyaina Arshad terkilan apabila sering didakwa sebagai sengaja mendedahkan aurat dengan menayangkan ‘baby bump’ dalam media sosial.

Uyaina berkata, dia langsung tidak pernah berniat untuk membuka aurat sebaliknya memang tidak mampu menutup kehamilan yang kini sarat menginjak usia lapan bulan.

“Isu jangan tunjuk ‘baby bump’ banyak kali saya kena, tapi masalahnya kalau kehamilan dah masuk bulan kelapan dan ke atas bagaimana nak sorok.

“Saya bukan sengaja nak tayang bentuk kehamilan dalam media sosial. Saya tak pakai baju ketat, malah saya tutup dengan kain tudung.

“Tak tahu bagaimana lagi saya nak puaskan hati orang yang mengatakan tunjuk ‘baby bump’ ini adalah aurat sedangkan saya menutup dengan pakaian dan bukan sengaja nak menunjuk bentuk kehamilan ini,” katanya.

Selepas kena kecam sengaja buka aurat, ini respon Uyaina

Baca Artikel Penuh