Selepas ayam dan minyak masak, tarif elektrik pula bakal naik

Selepas ayam dan minyak masak, tarif elektrik pula bakal naik. Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana kos penjanaan elektrik meningkat dengan mendadak dan pantas tetapi keperluan golongan tertentu harus dipertimbangkan, kata ahli ekonomi.

Kenaikan tarif tidak dapat dielakkan disebabkan oleh permintaan tenaga melonjak, gangguan bekalan bahan api serta kekurangan minyak, gas dan arang batu yang semakin meningkat di peringkat global telah menyebabkan harga tenaga global melambung tinggi.

Di peringkat serantau, Singapura, Indonesia, India dan Australia telah menyemak semula tarif sebagai tindak balas kepada ketidaktentuan dalam pasaran tenaga, perang di Ukraine, loji arang batu yang sudah berusia, sekatan perjalanan akibat COVID-19 dan musim sejuk semuanya adalah faktor kepada permintaan yang lebih tinggi untuk tenaga dan Malaysia turut terkesan daripada situasi yang berpanjangan itu.

Tindakan yang berkesan atau beransur-ansur harus dilaksanakan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah serta perniagaan mikro, kecil dan sederhana yang sudah merasai tekanan akibat kenaikan kos tidak akan mengalami kejutan sekali lagi sekiranya tarif elektrik tempatan disemak semula.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata kadar tarif akan lebih tinggi untuk isi rumah memandangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini menghadapi kos pengeluaran tenaga yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga gas dan arang batu.

Selepas ayam dan minyak masak, tarif elektrik pula bakal naik

Baca Artikel Penuh