“Selepas aku lari dari rumah, aku harap sangat tak lagi jumpa ibu, tapi sekarang umur ibu dah 90, semua anak tinggalkan ibu”

Jika aku boleh memilih induk, aku mahu lahir dari rahim permaisuri raja atau mana – mana wanita hebat.

Namun Allah berkehendak mengatur apa jua milikNya. Nama aku Ziya, usia sudah cukup matang, telah melalui jangka hidup yang panjang.

Luahan aku ini semoga menjadi iktibar, yang baik jadi tauladan, sebaliknya yang tidak baik tinggalkan.

"Selepas aku lari dari rumah, aku harap sangat tak lagi jumpa ibu, tapi sekarang umur ibu dah 90, semua anak tinggalkan ibu"

Aku anak ke 3 dari 9 beradik lahir dari ibu 0KU mental. Tahap pemikiran dan pertimbangannya sangat rendah (below normal) tidak mampu berfungsi sebagai ibu yang menyayangi, melindungi, mendidik dengan nilai murni dan mendoakan.

Ibu anak tunggal, atuk dan opah agak berada memiliki banyak hartanah. Kekurangannya menyebabkan sukar anak mereka disunting orang. Ibu berjodoh secara penipuan, dik4takan dia wanita normal yang mempunyai banyak kepandaian.

Baca Artikel Penuh