Selepas 3 tahun berkahwin baru wanita ini tahu dia anak angkat

Oleh MHDAILY

Selepas 3 tahun berkahwin baru wanita ini tahu dia anak angkat. Seorang wanita terkedu apabila mengetahui dia merupakan anak angkat kepada kedua-dua ibu bapanya yang sudah meninggal dunia selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga berwalikan adik lelaki yang disangka adik kandungnya.

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli melalui hantaran di laman Facebook miliknya berkata, wanita itu merupakan penjawat awam Gred 41 bertemu jodoh dengan suaminya yang bekerja di tempat yang sama di utara Semenanjung dan mereka mempunyai seorang anak.

“Perkahwinan dia dan suami tiada apa-apa masalah. Mereka dinikahkan adik lelaki wanita berkenaan kerana bapa mereka meninggal dunia ketika wanita itu bersekolah menengah manakala ibunya ‘pergi’ lima tahun sebelum perkahwinan itu berlaku.

Baca Artikel Penuh