Selepas 12 kali transfer duit, baru perasan kena tipu

Oleh MHDAILY

Selepas 12 kali transfer duit, baru perasan kena tipu. Selepas 12 kali membuat pemindahan wang berjumlah RM44,925, seorang penyelia kilang akhirnya menyedari ditipu dalam pelaburan mata wang tidak wujud selepas suspek meminta wang kali ke 13.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula apabila lelaki berusia 58 tahun itu melihat iklan pelaburan terbabit di laman sosial Facebook pada 6 Julai lalu.

“Mangsa telah menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp kepada suspek dan menyatakan berminat untuk membuat pelaburan dan memilih pakej ‘silver’ berjumlah RM350 dengan nilai pulangan sebanyak RM7,800 dalam masa 24 jam.

Baca Artikel Penuh