Selangor umum elaun guru KAFA diselaraskan RM1,500

Selangor umum elaun guru KAFA diselaraskan RM1,500

Selangor umum elaun guru KAFA diselaraskan RM1,500. Elaun 2,825 guru al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor akan diselaraskan kepada RM1,500 sebulan mulai Januari tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata guru KAFA di negeri ini masih dibayar elaun serendah RM1,350 sebulan walaupun peranan mereka besar dalam mengajar pendidikan Islam kepada anak-anak untuk menjadi Islam sejati dan insan syumul.

“Atas keprihatinan kerajaan negeri, pelarasan elaun minimum Guru KAFA RM1,500 sebulan akan dilaksanakan bermula Januari 2023.

“Sebagai tambahan, diumumkan elaun bulanan bagi 2,825 guru KAFA akan diseragamkan dan dinaikkan kepada RM1,500 sebulan yang mana kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM4.8 juta bagi tujuan pelarasan berkenaan,” katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2023, hari ini.

Amirudin berkata, inisiatif kepada warga pendidik ini disifatkan sebagai pelaburan yang berbaloi kepada Pendidikan Islam Negeri Selangor ke arah melahirkan generasi masa depan yang berilmu dan beragama.

Selangor umum elaun guru KAFA diselaraskan RM1,500

Katanya, seramai 32 penyelia KAFA seluruh negeri ini pula bakal menerima insentif khas RM100 sebulan dengan implikasi kewangan RM38,400 setahun.

“Dengan itu, ia diharap dapat meningkatkan motivasi mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik dalam pengurusan KAFA Selangor khususnya,” katanya.

Dalam pada itu, elaun Ketua Kampung Tradisi, Ketua Kampung Baru/ Bagan serta Ketua Komuniti India turut diselaraskan kepada RM1,500 sebulan berbanding sebelum ini, RM1,200.

Amirudin berkata, bagi tujuan penyelarasan itu, kerajaan negeri memperuntukkan tambahan sebanyak RM1.843 juta bagi tahun 2023 dan kadar elaun yang baharu itu akan bermula pada Januari 2023.

BACA:

Shahidan kata kerajaan pimpinan PH tidak akan kekal

Ringgit mencanak naik ke paras tertinggi selepas Anwar jadi PM

Akhirnya Shila Amzah buat keputusan ini – “Saya ada banyak cinta untuk dikongsi”

CATEGORIES