Selangor masih wajibkan pelitup muka di masjid, surau

Oleh MHDAILY

Selangor masih wajibkan pelitup muka di masjid, surau. Pemakaian pelitup muka di semua masjid dan surau di Selangor masih diwajibkan kepada semua jemaah setakat ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya sudah menyembah maklum beberapa syor meliputi prosedur operasi standard (SOP) atau langkah alternatif mengenai perkara itu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan mengambil kira keselamatan dan keselesaan semua pihak.

β€œKita mengambil maklum pengumuman terbaharu oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pelitup muka itu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

β€œNamun, pemakaiannya masih kekal di masjid atau surau di negeri ini dan menunggu perkenan Sultan Sharafuddin bagi ketetapan baharu kelak,” katanya ketika ditemui di Masjid Raja Lumu di Pekan Lama di sini, hari ini.

Terdahulu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Masjid Diraja kesembilan negeri itu yang dinaiktaraf selepas diubahsuai sejak 2018 oleh Kumpulan Syarikat Rafulin.

Selangor masih wajibkan pelitup muka di masjid, surau

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup kini atas pilihan berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa Covid-19 dalam negara serta penilaian semasa yang dilakukan kementeriannya.

Namun, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau membuat pilihan sendiri.

Dalam pada itu, Mohd. Shahzihan memberitahu, JAIS akan memaklumkan SOP atau ketetapan terkini itu apabila mendapat perkenan Istana Selangor.

BACA:

Tular ibu anjur bevday anak bertemakan pemujaan syaitan

MAIS beri bantuan kepada 160 LGBT

Ikan Tapah 50KG berjaya diumpan, β€˜saya ingat buaya tadi’