Selangor mampu masuk fasa 2 September ini – MB

Sudah

Selangor mampu masuk fasa 2 September ini .Kerajaan Negeri Selangor yakin mampu mencapai peralihan ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Nasional (PPN) menjelang September depan berdasarkan capaian 98 peratus penduduknya yang telah menerima vaksinasi sekurang-kurangnya dos pertama setakat ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kadar kes kritikal juga telah menunjukan penurunan di negeri itu.

“Untuk melengkapkan lagi kadar pemberian vaksin, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyediakan 100,000 dos vaksin untuk diagihkan ke lokaliti yang memerlukan.

“Ini bagi mereka yang mungkin tertinggal supaya mereka tidak mempunyai risiko yang tinggi jika berlaku jangkitan atau dimasukkan ke hospital seperti tahap 4 atau 5,” katanya pada Khamis.

Malah katanya, lebih banyak sektor sosial dan ekonomi akan dibuka secara beransur-ansur, tetapi orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Selangor

Sementara itu katanya, Kerajaan Negeri Selangor juga bersetuju untuk meminjamkan 500,000 dos vaksin kepada Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 Nasional (CITF) untuk digunakan di peringkat nasional.

“Kita telah menerima permohonan untuk guna stok vaksin kita iaitu sebanyak 500,000 untuk dipinjamkan kepada CITF. Saya dah bincang dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah beberapa hari lalu.

“Ia mungkin akan digunakan untuk negeri-jnegeri lain dan ia merupakan bentuk pinjaman. Kesemua jumlah vaksin itu akan dipulangkan semula dalam tempoh sebulan atau dua bulan,” jelasnya

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selangor-yakin-mampu-capai-fasa-dua-ppn-pada-september-ini-314955

BACA: Malaysia tiada dalam senarai laluan kabel dasar bawah laut Facebook, Google

Artikel ini disiarkan pada 19/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)