Selangor kembali di tempat pertama kes harian Covid-19

Selangor kembali di tempat pertama kes harian Covid-19.Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 9,751 kes baru Covid-19 berbanding 9,890 kes semalam. Kes kumulatif kini berjumlah 2,323,478.

Semenanjung melaporkan 7,705 kes baru atau 79.0 peratus manakala Sabah dan Sarawak mencatat 2,046 kes baru atau 21.0 peratus.

Mengikut perincian data di semenanjung, Lembah Klang mneyumbang kepada 2,154 kes baru atau 28.0 peratus manakala negeri-negeri semenanjung lain menyumbang kepada 5,551 kes baru atau 72.0 peratus.

Selangor merekodkan kes tertinggi hari ini, dengan jumlah 1,796 jangkitan baru. Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam 8 hari bagi negeri tersebut.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,796 (687,966)
Sarawak – 1,339 (222,381)
Sabah – 705 (204,193)
Johor – 864 (203,796)
WPKL – 313 (187,864)
Kedah – 578 (139,630)
Pulau Pinang – 632 (135,800)
Kelantan – 1,052 (123,587)
Perak – 643 (107,806)
Negeri Sembilan – 243 (98,687)
Pahang – 551 (69,526)
Terengganu – 650 (61,034)
Melaka – 244 (60,314)
WP Labuan – 2 (9,984)
WP Putrajaya – 45 (6,394)
Perlis – 94 (4,516)

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/594618

BACA: Bakal sertai parti mana? Akhirnya Norhizam buka mulut

COMMENTS

Wordpress (0)