Selangor bakal dapat 4,008,710 dos vaksin julai ini – Dr Siti Mariah

Oleh MHDAILY

EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud hari ini mengesahkan negeri itu bakal menerima 4,008,710 dos vaksin COVID-19 bagi bulan Julai.

Melalui perkongsian di Twitternya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang itu berkata, ia merupakan bekalan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Jelasnya lagi, beliau mendapat maklumat itu selepas menghadiri mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), yang dipengerusikan Menteri Penyelaras Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) awal hari ini.

Baca Artikel Penuh