Selangor aktifkan kerjasama pintar 3 penjuru bagi kekang penularan Covid-19 – Dr Dzulkefly

Oleh MHDAILY

Susulan peningkatan angka kes positif yang tinggi di Selangor mutakhir ini, saya telah mengambil inisiatif sendiri bertanya langsung kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan mendapati ada beberapa faktor yang menyumbang akan kenaikan mendadak ini.

Pertama, kes kumulatif ini adalah keputusan kes tertangguh atau ‘backlog cases’ dari saringan wajib pekerja kilang (oleh SOCSO) serta saringan di penjara dan saringan sentinel di klinik serta hospital swasta, yang tidak dilaporkan secara terus (real time).

Untuk rekod, peningkatan ini adalah natijah daripada kes-kes tertangguh sejak 10 hari yang lalu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Lebih penting untuk kita perhatikan adalah “kadar positif” dalam ujian saringan yang perlu dipergiatkan dalam Komuniti dimana kadar positif kurang dari 5%, adalah ukuran yang ditetapkan oleh WHO.

Dengan kata lain, kalau kita lakukan 1000 ujian saringan, keputusan positif umpama 200 kes positif adalah 20% kadar positif.

Ini bermaksud virus sedang ‘berkeliaran’ dalam satu satu komuniti atau tempat perebakan.

Ini perlu ditangani dengan kadar segera dengan menggunakan beberapa pendekatan kesihatan awam yang terbukti berkesan seperti pertambahan ujian RTK-Ag yang lebih meluas.

Kalau ujian mendapati hanya 50 kes atau lebih rendah lagi, maka ia dianggap sebagai terkawal di bawah paras ‘baseline’.

Malaysia pada suatu ketika pernah mencatat kadar kes positif 9.0% yang kini telah turun kepada 5.8%.

Selain itu, penting untuk meningkat kemampuan teknologi dalam pengesanan ‘kontak rapat’, yang hari ini amat lambat kerana kita menggunakan tenaga manusia dan bukannya apps digital.

Langkah paling mustahak adalah segera meningkatkan jumlah kakitangan ‘barisan hadapan’ / frontliners untuk mempercepatkan proses kesemua rantaian kegiatan ujian, kontak rapat, isolasi, kuarantin, rawatan dan pemantauan pesakit dalam kuarantin.

Selangor, sebagai negeri yang paling pesat dengan kepadatan penduduk serta kegiatan industri, perniagaan dan tapak-tapak pembinaannya, pasti akan menanggung padah yang paling teruk.

Seandainya semua proses ini lambat serta tergendala maka kita hanya mampu memainkan peranan ‘catchup’ atau ‘mengekori sahaja virus ini, maka kadar transmisi virus ini akan terus melambung tinggi.

STFC mutakhir ini mengesyorkan satu program proaktif (bukan reaktif) iaini Program POIS atau ‘Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS) atau ‘Mencegah Tercetus Perebakan di Tapak-Tapak Penularan’.

POIS merupakan kerjasama pintar 3-Penjuru (Tripartite Partnership) secara sukarela (voluntary), antara “Kerajaan Negeri-Majikan-NGO”, dimana tumpuan utama diberikan termasuk menjalankan saringan berkala di semua kilang dan tempat kerja (termasuk tapak-tapak binaan).

Terkini POIS akan jalinkan kerjasama antara JKNS, Selgate Corporation Sdn Bhd, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) bersama kegiatan NGO Perubatan-Kesihatan seperti IMARET.

Seandainya kolaborasi semua pihak diperkukuh dan pendekatan yang tepat diambil pada masa yang tepat, kita masih punyai harapan untuk mengekang peningkatan kes ini secara berkesan dengan pendekatan ‘whole of government’ dan ‘whole of society’, yang digunapakai oleh negara-negara yang diiktiraf WHO sebagai berjaya membendung kemaraan pandemik Covid-19 ini. – FB

DS Dr Dzulkefly Ahmad
Pengerusi STFC,
30 Januari 2021.