Selamba ‘romen’ model dari Malaysia depan orang, pelakon ini kena kecam

Selamba romen model dari Malaysia depan orang pelakon ini kena kecam

Selamba ‘romen’ model dari Malaysia depan orang, pelakon ini kena kecam. Tindakan berani pelakon veteran Hong Kong, Eric Tsang yang mencium model kelahiran Malaysia, Lebara, telah mencetuskan kritikan dan kecaman dalam kalangan netizen.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Lebara di laman Instagramnya, kelihatan model itu sedang menyambut ulang tahun kelahirannya bersama dengan beberapa orang rakan yang lain.

“ Tahun ini orang hebat berada di sini untuk meniup lilin hari jadi saya, ucapan hari lahir saya tahun ini adalah untuk keamanan dunia dan tiada kebencian” tulis Lebara di ruangan kapsyen.

Secara tiba-tiba, selepas mereka habis menyanyikan lagu hari lahir buat Lebara, aktor yang berusia 69 tahun itu datang menghampirinya dan meniup lilin bersama kemudian mencium bibir model berkenaan selepas memberi ucapan ringkas.

Menurut sumber media Hong Kong, aktor berkenaan menjelaskan mencium adalah satu perkara yang biasa dan bukan satu kesalahan apabila menyambut hari lahir seseorang.

Selamba'romen' model dari Malaysia depan orang, pelakon ini kena kecam

Bukan itu sahaja, Eric turut memaklumkan dia secara tidak sengaja berjumpa dengan Lebara dan dijemput untuk meraikan sambutan hari lahir tersebut meskipun tidak mengenali model itu.

“ Saya sedang makan di hotel itu dan kebetulannya dijemput untuk meraikan hari jadi seorang wanita yang saya tidak kenal siapakah dia,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, model yang hanya dikenali sebagai Lebara itu berkata ciuman oleh pelakon veteran Tsang hanyalah tanda ucapan hari lahir.

“ Harapan hari jadi saya pada tahun ini adalah untuk keamanan dunia tetapi jika di amati kembali, saya fikir saya mungkin telah berharap untuk perkara yang salah,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, Sin Chew Daily melaporkan bahawa Lebara dahulunya dikenali sebagai Mindy sebelum ke Hong Kong untuk mengembangkan kerjayanya.

Lebara dikatakan bekas pelajar Akademi Amber Chia dan pernah mewakili Malaysia untuk pertunjukan di Korea Selatan.

BACA:

BKM 2023: Jumlah dan syarat kelayakan, semak sekarang

Rindu Nasi Gorang cabai tumbuk, isi ikan orang tua dulu-dulu, buat sendiri je!

‘Orang tak disangka datang bantu’, pemilik MPV ni belajar sesuatu selepas kereta rosak tepi jalan

CATEGORIES