Selamat tinggal Zul Ariffin, bakal menetap di Mekah tahun hadapan

Selamat tinggal Zul Ariffin bakal menetap di Mekah tahun hadapan

Selamat tinggal Zul Ariffin, bakal menetap di Mekah tahun hadapan.Pelakon Zul Ariffin memaklumkan dia bakal berpindah dan menetap di Mekah bermula Januari tahun hadapan.

Ketika ditemui OhBulan!, Zul menyatakan tujuan dia berhijarah ke sana bagi memulakan perniagaan. Kata aktor berumur 35 tahun, ini adalah masa terbaik untuk dia meneruskan impian yang sudah lama dirancang.

Sekarang ini dalam proses untuk pindah. Dalam proses sedang mencari rumah. Saya akan ke sana bermula Januari untuk urusan perniagaan.

Memang menetap di sana, tapi pastinya akan sering kembali ke Malaysia. Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya ia terjadi.

Justeru itu memerlukan saya untuk tinggal di sana. Bukan hanya di Mekah, saya juga akan travel ke banyak negara selepas ini.

Zul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media filem terbaharunya, Talbis Iblis, yang diadakan di Panggung Asia, Gombak, pada Khamis.

Selamat tinggal Zul Ariffin bakal menetap di Mekah tahun hadapan

Bagaimanapun, pemilik nama Zulkifli Ariffin tidak akan memperlahankan karier seni sebaliknya akan berulang alik bagi memenuhi tuntutan kerja di Malaysia.

Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon. Malah sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan.

Sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemik. Sambutan terhadap filem di pawagam, juga semkain bertambah baik. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni.

Dalam pada itu, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 akui teruja untuk melebarkan sayap sebagai ahli perniagaan dan dalam masa menjadi anak seni.

Saya amat teruja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya, ia adalah sesuatu yang bagus kerana masih lagi produktif walaupun penat.

Tawar diri sendiri

Bercerita mengenai penglibatan dalam filem Talbis Iblis, anak kelahiran Taiping, Perak ini mendedahkan dia yang menawarkan diri untuk berlakon dalam filem arahan Khabir Bhatia biarpun memegang watak sampingan.

Rugi rasanya kalau saya tidak terlibat dengan filem sebegini. Pasukan produksi sangat hebat dan disebabkan itu saya sendiri yang tawarkan diri untuk berlakon.

Awalnya karakter saya hanya sedikit sahaja, namun kemudian ia dikembangkan menjadi lebih banyak.

Filem terbitan bersama Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures, A Next Star Production dan MM2 Entertainment ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Nasha Aziz, Azira Syafinaz, Jay Iswazir, Amir Nafis, Sherie Merlis dan ramai lagi.

Filem seram Talbis Iblis bakal menemui penonton di pawagam bermula 20 Oktober depan.

BACA:

Wanita kahwin dengan bekas abang ipar, netizen syak sesuatu lepas tengok gambar lama

Chef ni kongsi 5 jenis sos tiram di pasaran, ‘ingat sama je semua’

CATEGORIES