“Selama ni mak nampak tenang, 1 hari aku teman mak beli barang, tiba-tiba mak menangis, rupanya ayah jadi punca!”

Kami harapkan ayah makin tua sedar diri dan berubah tapi saya tengok, tak pon. Saya cakap kalau mak dah pencen nanti mak nak cerai, mak cerai lah.

Kami anak-anak okey je, dah besar. Mak dah tak perlu berkorban untuk kami..

Hai admin. Mohon hide profile saya yaa. Saya bukan nak luah pasal masalah saya, saya cuma nak kongsi nasib tentang mak saya yang bertahun-tahun hidup dengan suami toxic.

"Selama ni mak nampak tenang, 1 hari aku teman mak beli barang, tiba-tiba mak menangis, rupanya ayah jadi punca!"

Saya kesiankan sangat mak saya, bertahun-tahun kahwin jarang -jarang dapat hadiah, pakaian semuanya mak saya yang beli sendiri.

Itu pon jarang sebab duitnya semua pergi ke perbelanjaan anak-anak. Saya rasa tak pernah langsung tengok mak dapat reward diri sendiri dengan gaji dia. Setakat dapat tapau makan itu pon tetap kene beli untuk anak-anak.

Baca Artikel Penuh