Seksi dalam filem Pulau, “kalau tak suka jangan tengok” – Amelia

Seksi dalam filem Pulau kalau tak suka jangan tengok Amelia

Seksi dalam filem Pulau, “kalau tak suka jangan tengok” – Amelia. Pelakon, Amelia Henderson memaklumkan dirinya tidak terbabit dengan mana-mana babak panas dalam filem Pulau yang didakwa tidak bersesuaian untuk tontonan masyarakat.

Menurut Amelia, dia bercakap dari segi watak yang dilakonkannya dalam filem Pulau arahan Euho itu.

“Orang kena tengok movie (filem) itu dulu dan tengok karakter saya dalam filem itu macam mana.

“Tapi kalau dah tengok dan berasa tak sesuai dan tak suka jangan tengok,” katanya kepada Harian Metro.

Amelia ditemui pada majlis pelancaran Didie & Friends The Movie yang berlangsung di Panggung Asia, Jalan Gombak di sini, petang tadi.

Seksi dalam filem Pulau kalau tak suka jangan tengok Amelia

Filem Didie & Friends The movie yang bakal ditayangkan di pawagam pada 23 Februari depan ini terbitan Warnakala Studios, Astro Shaw, Digital Durian dan MDeC.

Ditanya sama ada dia sudah tahu mengenai babak panas dalam filem Pulau pula, kata Amelia, babak panas terbabit tiada kena mengena langsung dengan jalan cerita untuk watak dilakonkannya dalam filem itu. “Saya fokus pada watak dan jalan cerita watak saya saja.

“Saya hanya ambil tahu mengenai watak saya saja supaya saya boleh menjiwai watak saya sepenuhnya dengan cara yang betul,” katanya.

Selain Amelia, filem arahan pengarah, Euho itu juga membariskan barisan pelakon hebat dari dua generasi antaranya, Alif Satar, Namron, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi, Vikal dan ramai lagi.

Filem Pulau akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Mac ini.

BACA:

Seram…pulau tanpa manusia yang dilitupi awan ini kekal misteri

Awie nak buat filem Datuk Bahaman pula, tapi Finas kata…

CATEGORIES