Sekolah tiga murid cari pengetua, tawar gaji RM331,000

Sekolah

Sekolah tiga murid cari pengetua, tawar gaji RM331,000. Sebuah pulau terpencil di Britain yang hanya mempunyai seramai 60 penduduk, dilaporkan sedang mencari individu berkelayakan untuk mengisi jawatan pengetua sekolah rendah yang mempunyai tiga murid.

Lapor Metro, pencari kerja yang berminat dijemput untuk memohon tawaran pekerjaan itu yang disifatkan sebagai `peluang sekali seumur hidup’.

Menurut satu iklan tawaran kerja, individu yang berjaya mendapat pekerjaan di Sekolah Rendah Fair Isle bakal menerima gaji sebanyak 56,787 pound (RM331,009) setahun untuk jawatan tetap.

Malah, mereka hanya perlu bekerja selama 35 jam seminggu.

Selain itu, individu tersebut juga akan menerima bayaran elaun tahunan sebanyak 2,265 pound (RM13,189) dibawah Elaun Kepulauan Jauh Scotland.

Sekolah

Sekolah Rendah Fair Isle yang dimiliki oleh National Trust for Scotland sejak tahun 1954, terletak kira-kira 40.23 kilometer (km) selatan Shetland dan jarak yang sama di utara Orkney.

“Untuk ke lokasi tersebut dari Shetland, anda perlu mengambil penerbangan selama 25 minit atau perjalanan feri selama dua setengah jam,” jelas iklan itu.

Tambah iklan tersebut, kos pengangkutan dan perbelanjaan lain akan dibayar kepada mana-mana individu yang bersedia melakukan perjalanan jauh untuk menghadiri temuduga tersebut.

“Pakej gaji penempatan semula juga akan ditawarkan kepada individu yang berjaya mendapat pekerjaan itu,” jelas iklan itu.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/calon-pengetua-dicari-dengan-tawaran-gaji-rm331009/

BACA: Gempar !!! Bimbang Ismail Sabri jadi PM, rakyat lancar petisyen bantahan

Artikel ini disiarkan pada 20/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)