Sekatan ‘Pelan B’, rakyat wajib kerja dari rumah – PM

Oleh MHDAILY

Sekatan ‘Pelan B’, rakyat wajib kerja dari rumah. Perdana Menteri Boris Johnson meminta orang ramai supaya bekerja dari rumah bermula Isnin dalam pengumuman sekatan baharu ‘Pelan B’ yang lebih ketat, berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron dan peningkatan kes Covid-19.

Bercakap pada sidang media di Downing Street pada Rabu, beliau berkata, tempoh bagi strain baharu itu merebak berkemungkinan ‘antara dua dan tiga hari’, sekali gus menjelaskan penularannya yang sangat pantas.

Memetik laporan harian metro Untuk itu katanya, pasport vaksin akan diwajibkan bagi memasuki kelab malam dan acara besar, sementara peraturan memakai pelitup muka dilanjutkan mulai Jumaat ke atas kebanyakan tempat tertutup termasuk teater dan pawagam.

Baca Artikel Penuh