Sekali TMJ turun beli kopi, peniaga terkejut dan kaget

Oleh MHDAILY

Peniaga kopi meluahkan rasa keterujaan apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudi mencemar duli datang dan membeli sendiri kopi yang dijualnya.

Dalam perkongsian di Instagram, Kopi Rakyat JB pada awalnya dihubungi sendiri TMJ bertanyakan mengenai waktu operasi kedai. Dia rasa bagaikan mimpi apabila baginda meluahkan hasrat untuk mencuba sendiri kopi viral tersebut.

Menceritakan dengan lanjut pengalaman itu, peniaga kopi ini sangat mengagumi keperibadian TMJ yang berjiwa rakyat sudi singgah di kedainya yang terletak di Jalan Merdeka, Johor Bahru.

Katanya lagi, feedback yang diberikan TMJ merupakan respon pelanggan yang paling mahal dan bermakna yang mereka pernah dapat.

Sekali TMJ turun beli kopi, peniaga terkejut dan kaget

Malah, baginda yang hadir tanpa sebarang escort itu sudi beratur bersama-sama rakyat yang lain. Katanya, memang tak tentu arah mereka menyiapkan pesanan supaya baginda tidak menunggu terlalu lama.

Di kesempatan itu, Kedai Kopi Rakyat JB menjunjung kasih di atas kesudian Tunku Mahkota Johor mencemar duli ke kedainya tempoh hari.

Berita Penuh : Panas !!! Umno mahu Pas berterus terang tentang pendirian sebenar parti itu
Baca Artikel Penuh