Sekali pekerja Taman Buaya Melaka ini ‘sound’ terus terdiam buaya

Sekali pekerja Taman Buaya Melaka ini ‘sound’ terus terdiam buaya. Sememangnya tidak dinafikan bahawa antara haiwan yang paling digeruni oleh ramai orang pada masa sekarang, salah satunya adalah buaya. Sebut sahaja buaya, mesti ramai antara kita yang takut dan gentar lebih-lebih lagi jika buaya itu berada di depan mata.Buaya Terdiam Kena Bebel Dan ‘Dimarahi’ Kerana Mengganggu Orang Buat Kerja.

Namun berbeza dengan seorang lelaki ini yang langsung tidak takut dengan buaya malah menjadikan buaya sebagai teman berguraunya. Bukan itu sahaja lelaki ini juga berani memarahi buaya depan-depan kerana mengganggunya melakukan kerja.

Perkongsian video yang menujukkan seorang lelaki yang merupakan pekerja Taman Buaya di Melaka ini menjadi tular ketika dia sedang membersihkan kawasan penempatan buaya berkenaan.

Apa tidaknya, ketika dia sendang membersihkan daun-daun gugur dan kering di kawasan tersebut, perbuatannya diperhatian oleh seekor buaya yang berdekatan.

Namun lelaki ini kelihatan selamba dan langsung tida takut malah dia turut berleter membebel dan ‘memarahi’ pada buaya tersebut kerana mengganggu kerjanya.

Rata-rata netizen yang menonton perkongsian video tersebut terkejut dengan perbuatan lelaki berkenaan, rata-ratanya takut kalau buaya itu jadi berang dan bertindak agresif.

Nyatalah buaya tersebut berkemungkinan besar sudah mengenali lelaki ini dan tidak bertindak agresif untuk menyerangnya kerana sudah mengganggapnya sebagai rakan. Lagipun, lelaki tersebut yang bekerja disitu sudah pasti merupakan manusia yang sering dilihatnya hampir setiap hari.

@bedamaumarah2 syg ARIS2😘🐊TAMAN BUAYA&REKREASI MELAKA

♬ bunyi asal – [email protected] besi

@bedamausama sebok aris ni😅

♬ bunyi asal – [email protected] besi

Anda dinasihatkan agar jangan cuba bermain-main atau mengusik buaya jika tidak kemahiran atau kepandaian seperti lelaki ini.

Artikel ini disiarkan pada 06/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)