Sejarah baru, ini wanita Malaysia pertama tamat pengajian di Akademi Tentera Laut Amerika

Sejarah baru, ini wanita Malaysia pertama tamat pengajian di Akademi Tentera Laut Amerika

Sejarah baru, ini wanita Malaysia pertama tamat pengajian di Akademi Tentera Laut Amerika. Anak Malaysia bukan boleh dipandang enteng sebelah mata. Mereka mampu terbang sama tinggi dan duduk sama rendah seperti mana pelajar luar negara. Khabar terbaharu yang REMAJA terima, Janushaa Bala Krishnan Muthiah telah pun berjaya menamatkan pengajian dan latihan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat yang terletak di Annapolis, Maryland.

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini mencipta sejarah sebelum ini apabila dia menjadi wanita Malaysia pertama diterima masuk ke akademi tentera berprestij Amerika Syarikat dalam sejarah kemasukan pelajar negara ini ke sana sejak tahun 1971.

Menerusi hantaran di Instagram kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, pihak kedutaan mengucapkan tahniah kepada Janushaa di atas pencapaiannnya yang telah berjaya menamatkan pengajian.

Wanita hebat ini mendapat inspirasi untuk berkhidmat dalam bidang ketenteran selepas mendengar cerita daripada datuknya tentang bagaimana dia menerbangkan helikopter Nuri di utara Malaysia pada tahun 1980an semasa pemberontakan kedua berlaku.

Selain itu, bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis dan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan ini turut menjadikan Mejar Patricia Yap yang merupakan juruterbang wanita pertama kapal terbang tempur MiG-29 Asia sebagai sumber inspirasinya.

Sejarah baru, ini wanita Malaysia pertama tamat pengajian di Akademi Tentera Laut Amerika

Sebelum terbang ke Amerika Syarikat pada tahun 2018, Janushaa terlebih dahulu merupakan seorang pelajar asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sebelum terpilih ke luar negara.

Untuk pengetahuan pembaca, untuk memasuki akademi tentera Amerika Syarikat bukanlah mudah. Setiap calon perlu melalui ujian ketat yang menguji kecergasan dan juga kecerdasan mereka. Pelbagai lapisan sesi temuduga yang perlu dihadiri sebelum terpilih sebagai pelajar.

Dalam satu video temubual bersama media, Janushaa berkongsi kisah tentang proses temuduga yang dilaluinya sebelum terpilih, “Terdapat banyak lapisan temuduga yang perlu kami lalui untuk disenarai pendek. Salah satunya adalah pengesanan kecergasan calon (CFA). Ketika CFA kami perlu melalui ujian fizikal seperi tekan tubi, berenang dan berlari.”

BACA:

Kos baiki Range Rover ni kejutkan netizen, “langgar sikit pun harga macam ni”

Ada 150 Juta pengikut, Khaby Lame terima RM3.4 Juta bagi setiap video tiktok

Menitis air mata Neelofa dan Lisa Surihani di set shooting, “kita pula sebak tengok”- netizen

CATEGORIES