Salam min. Tolong hide kan profil yaa. Usia perkahwinan saya dah hampir nak masuk 12 tahun.
Sebelum ini ex husband saya kerja makan gaji sahaja. Bermula tahun 2019 dia nekad nak ubah kehidupan dengan mula bekerja sendri.
Anak kami ada 5 orang. Semua baru nak membesar dan masih bersekolah.
Alhamdulillah, rezeki kami sentiasa cukup. Nafkah tak pernah dia tak bagi walaupun kadang kadang dia sendiri tak beli apa apa pun untuk diri sendri.
Tapi sejak dia kerja sendiri perangai dia mula berubah. Nafkah dan hal hal dekat rumah dia dah mula abaikan. Saya cuba positif mungkin dia kepenatan bekerja. Sebab kerja sendiri.
Tapi semakin lama semakin teruk sikap dia. Sampai jadi panas baran. Kadang takde apa apa sebab, tiba tiba dia nak marah anak anak.
Tugas atau tanggungjawab saya lebih kepada menjaga anak dan menguruskan hal rumah, semuanya saya lakukan sendri. Tanpa mengharapkan suami kerana taknak dia rasa tertekan atau kepenatan.
Tapi sejak dia berubah saya rasakan ada ssuatu yang tidak kena dengan perubahan diri dia. Untuk tidak mencetuskan pergaduhan, saya lebih dekat kan diri dengan Allah. Mengadu padaNya. Selalu bangun sepertiga malam untuk solat hajat dan istikharah.
Sejak bekerja sendiri, suami saya dah jarang balik ke rumah. Alasan dia sibuk. Sedangkan jarak tempat kerja dan rumah hanya 20 minit perjalanan walaupun terletak di lain daerah.
Mungkin Allah nak bagi saya petunjuk. Suatu hari, Allah gerak kan hati saya untuk mencari suami di tempat kerjanya..
Alangkah terkejut nya saya apabila dapat tahu dia bekerja dengan seorang perempuan. Dan sentiasa berkepit dengan perempuan tu ke mana sahaja. Saya masih cuba berfikiran positif.
Tapi dalam pada masa yang sama, hati saya masih mencurigai. Saya cuba selidik melalui detact location dari hp dia..
Satu ari Allah temukan saya dengan dia dan perempuan tu di belakang sebuah hotel dalam keadaan mbuk. Saya kuatkan diri untuk berbincang. Tapi dengan dia penuh keegoan dan bangga dengan apa dia buat. Dia memarahi saya pula.
Saya dengan penuh kesabaran berusaha untuk ajak suami berbincang di rumah. Pada mula nya dia berkeras menolak. Setelah saya cakap elok elok dan pujuk baru la dia dengan sendiri akur ikut saya pulang.
Untuk tidak mengeruhkan keadaan lagi. Sampai di rumah saya suruh suami mandi dan berehat dahulu. Saya tahu keadaan dia pada masa tu tidak waras. Jadi apa apa kemungkinan boleh terjadi. Saya cuba kuat.
Malam itu saya buat solat hajat dan istikharah lagi. Untuk Allah bagi kekuatan pada diri saya ini. Satu malam saya tak boleh tidur. Saya mengaji. Saya istifar banyak banyak, memohon petunjuk..
Keesokkan nya saya ajak suami berbincang setelah tengok keadaan dia mulai normal dan stabil. Dengan rasa penuh debaran saya menanti penjelasan dari nya.
Dia menyatakan pernah banyak kali terlanjur dengan perempuan itu. Hubungan mereka bukan setakat berkawan saja tetapi sudah terlebih. Suami kata mahu memperbetulkan keadaan. Dia mahu berkahwin dengan perempuan itu.
Dengan apa yang dia dah buat, untuk saya memaafkan tu boleh. Tapi untuk saya menerima dan melupakan itu sukar sama sekali..
Apa yang akan terjadi. Jika dia bekerja dengan perempuan itu. Pasti perhatian nya lebih. Sedangkan saya menguruskan anak anak di rumah sorang diri. Ada kah adil untuk saya nanti. Saya minta masa untuk saya fikirkan.
Saya minta untuk seketika dia tidak melakukan perbuatan terkutuk itu lagi sementara saya bagi jawapan.
Memang saya terluuka. Tapi saya cuba kuat untuk anak anak. Saya lebih dekat kan diri dengan Allah. Saya dan suami masih ada family tapi untuk saya bercerita dan membuka aib suami, saya tak mampu. Saya tak nak. Biarlah saya harungi masalah saya sendri tanpa melibatkan mana mana belah pihak keluarga.
Kadang kadang saya terfikir di mana kesilapan saya. Sampai suami saya boleh jadi macam tu. Kalau nak kata saya tidak cantik. Saya lebih muda dan bergaya dari perempuan itu. Segala hal rumah dan anak anak, saya mampu buat sendri. Soal batin, segala permintaaan dan layanan terhadap suami saya tak pernah menolak.
Setelah masa yang di beri telah tiba, saya beri jawapan pada suami untuk tidak mneruskan lagi perkahwinan kami ini. Jika saya teruskan, adakah suami mampu memberi keadilan?.
Saya taknak dia makin berdosa tak dapat laksana kan tanggungjwab dengan adil nanti. Akhirnya saya pilih untuk mengundur diri.
Sekarang saya sedang dalam proses pencerraian. Saya berharap rakan KRT dapat bagi saya kata kata semangat untuk teruskan kehidupan bersama anak anak nanti.
Apa reaksi warganet
Sikal Buruq – Bila orang beriman membuat keputusan menangani masalah, memang terbaik pilihan awak. Semoga dipermudahkan segala urusan. Rugi suami awak. Saya percaya lepas ni dia pasti akan cari awak balik…
Asharina Rina – Nasib kita hampir sama sis. Tapi bezanya suami tak nak craikan saya. Dia gntung status saya selama 2 tahun.
Saya sentiasa minta pertolongan dari Allah supaya status diri saya dijelaskan. Akhirnya selepas 2 tahun suami saya mngal.
Norzaedah Laidin – Hati manusia Allah yang pegang. Sebaik mungkin sis uruskan rumahtangga tapi kun faya kun Jadi tetap jadi.
Sebab Allah nak uji kesetiaan suami sis bila dia dah senang. Jawapannya sis dah dapat. Bila suami dah senang dia lupa anak bini.
Alhamdullillah, sis kuat dan tabah hadapi ujian dan dugaan drNya. Cinta perluukan pergorbanan. Saya sendiri pun undurkan diri 4 tahun sudah berlalu, syukur segala dipermudahkan dan hidup kini lebih tenang dan bahagia.
Abu Rock – I like how the way you think and take an action. Sabarlah, ini ujian dari Allah untuk angkat martabat awak disisi Allah..
Saya tahu, 2 tahun bukan masa yang singkat untuk awak telan dengan mudah. Namun cara awak bangkit perlahan lahan dari keruntuhan rumahtangga ini bukanlah perkara yang biasa dan jarang perempuan boleh bangkit setabah ini, Allah will pay you soon for this. Keep strong
Rana Husjena Nuha – Biasa la tu, kaca seberang laut nampak. Permata depan mata tak nampak. Bila dah tiada nanti, baru lah dia faham erti perngorbanan isteri.
Sabar, semoga anak anak dan awak sentiasa dibawah lindungan Allah. Semoga suami awak nanti diberi hidayah Allah… Aminn
Winny Winny – Betul tindakan puan tu. Sentiasa dekatkan diri pada Allah. Bangkit lah. Kalau tak kerja l, cari kerja. Jangan lupa tuntut nafkah anak2l anak dan jangan toleh kebelakang lgi.
Maju kan diri jaga anak anak dengan elok insha allah bila anak anak berjaya puan juga yang senang nanti. Apa pun yang terjdi pasti ada hikmah yang tersirat
Ummi Jannah – InsyaAllah. Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk tt. Percayalah. Insan sebaik tt tak layak untuk suMi yang tak tau menghargai. Biarlah dia lalai dalam dunianya sendri.
Semoga mendapat hidayah satu Hari nanti. DN jug semoga segala urusan tt dipermudahkan… Tt seorang ibu yang kuat dan tidakk mementingkan diri sendri.. Allah Maha Kaya.. semoga kuat dan tabah mnghadapi ujian ini..