Seiring dengan kemajuan teknologi, pengemis mula guna kod QR terima sedekah

Seorang pengemis yang buta telah menarik perhatian pengguna media sosial dengan cara mereka meminta sedekah yang unik.

Dalam video yang tersebar luas di platform X, pengemis yang dikenali sebagai Dashrath menerima sedekah melalui pembayaran secara digital.

Dashrath terlihat memakai kalung yang mengandungi Kod Repons Pantas (QR) sebelum menghampiri dua orang di dalam kereta.

Seiring dengan kemajuan teknologi, pengemis mula guna kod QR terima sedekah

Salah seorang daripada mereka mengimbas kod QR tersebut dan memberi sebanyak 10 rupee (RM0.57).

Pengemis itu kemudian mendekatkan telefon bimbit ke telinganya untuk mendengar bunyi notifikasi yang menunjukkan wang itu telah dimasukkan ke dalam akaunnya.

Baca Artikel Penuh