Imuniti kelompok : Mampukah negara kita capai?

Imuniti kelompok : Mampukah negara kita capai?

Secara realiti mampukah negara kita capai imuniti kelompok? Di AS, 70% orang dewasa berumur 26 tahun ke atas sudah berjaya divaksikan.

Tetapi sasaran untuk mevaksinkan 70% yang berumur 18 -26 tahun masih belum dicapai.

Usaha untuk mencapai tahap 80% vaksinasi juga berhadapan dengan situasi sukar.

Puncanya, ramai di kalangan mereka yang masih belum divaksin adalah sebenarnya mereka yang enggan divaksin dan memujuk mereka untuk hadir ke pusat vaksinasi adalah tugas yang sukar.

imuniti

Kerajaan Malaysia mensasarkan kadar vaksinasi sehingga 80% untuk mencapai tahap imuniti kelompok yang membolehkan penguncian pergerakan dibuka semula…

Saya fikir kerajaan Malaysia juga perlu belajar dari situasi di AS.

Jangan menganggap kadar vaksinasi yang ada sekarang iaitu sekitar 300,000 dos sehari akan berkekalan atau boleh dipertingkatkan begitu sahaja sehingga dapat mencapai sasaran 80%.

Setakat ini kita masih berada diperingkat sekitar 20% kadar vaksinasi.

Ianya mungkin kekal lancar sehingga mencapai tahap 50% atau 60%. Selepas itu mungkin kita akan berhadapan dengan kesukaran kerana baki populasi yang belum divaksinkan adalah kebanyakannya terdiri dikalangan mereka yang cuba mengelak dari divaksinkan.

Waktu ini kerajaan akan berhadapan dengan dilema, samada mahu mewajibkan vaksinasi atau tidak. Apa hukuman ke atas mereka yang enggan divaksinkan?

Bagaimana mahu mengesan mereka. Sekarang ini adakah 80% rakyat Malaysia dewasa sudah mendaftar dengan Mysejahtera.

Bagaimana mahu memastikan mereka yang tidak mendaftar dengan MySejahtera akan divaksinkan.

Kalau mereka tidak divaksinkan, sasaran 80% mungkin tidak berjaya dicapai.

Perancangan ini mesti difikirkan sekarang. Jangan nanti sudah terantuk baru terngadah.

Sekarang ini mungkin tumpuan banyak ke atas Lembah Klang kerana angka kes jangkitan yang tinggi.

Tetapi, pengalaman di negara-negara luar, kawasan bandar dan pinggir bandar biasanya tidak ada masalah besar untuk mendapat kadar vaksinasi yang tinggi.

Masalahnya ialah untuk mevaksinkan kawasan luar bandar.

Nanti apabila kes di Lembah Kelang mula stabil setelah mencapai imuniti kelompok, kerajaan akan berhadapan dengan masalah baru iaitu mencapai imuniti kelompok bagi penduduk luar bandar pula.

Sumber :

BACA JUGA : Panas !!! PPV dakwa temujanji MySejahtera melebihi vaksin dibekalkan