Sebulan Doktor mogok tak datang kerja, nenek sakit jantung akhirnya maut!

Seorang wanita warga emas di Korea Selatan telah meninggal dunia selepas menunggu selama lima jam untuk menjalani pembedahan jantung.

Kejadian ini berlaku ketika doktor sedang mogok sejak berminggu-minggu yang lalu, menyebabkan sistem penjagaan kesihatan negara tersebut terjejas.

Pesakit wanita itu bulan lalu menghubungi perkhidmatan kecemasan kerana mengalami sakit dada semasa bekerja di sebuah ladang di Gimhae,

Sebulan Doktor mogok tak datang kerja, nenek sakit jantung akhirnya maut!

kira-kira 300 kilometer dari Seoul. Walau bagaimanapun, perkhidmatan kecemasan tidak berjaya mendapatkan rawatan bagi pihak pesakit tersebut selepas mencuba menghubungi enam hospital di wilayah Gyeongsang Selatan.

Akhirnya, sebuah hospital di bandar berhampiran Busan bersetuju menerima wanita berusia 60-an itu, walaupun mereka tidak mempunyai kelengkapan untuk menjalankan prosedur pembedahan jantung.

Baca Artikel Penuh