‘Sebelum orang lain rasa baik saya rasa’ Alasan banduan rogol anak sendiri bikin ramai marah

Oleh FAHMI ABBAS

Baru-baru ini, tular seorang individu berkongsi pengalamannya bertemu dengan banduan ketika melakukan lawatan kerja di Penjara Taiping, Perak.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di platform X, lelaki yang dikenali sebagai Cik Sepul ini memberitahu

Pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsikan oleh banduan yang ditahan di penjara tersebut.

Menurut individu ini, banduan yang paling lama ditahan di penjara itu adalah seorang lelaki berstatus bapa yang dijatuhi hukuman penjara selama 75 tahun atas kesalahan merogol tiga anak perempuannya.

Selesai tugas di Penjara Taiping. Terlalu banyak cerita aku dapat harini. Antaranya banduan paling lama kat dalam sekarang ni kena 75 tahun sebab rogol tiga anak dia.

'Sebelum orang lain rasa baik saya rasa' Alasan banduan rogol anak sendiri bikin ramai marah

Alasan “sebelum orang lain rasa baik saya rasa dulu Tuan”. Perghh hang bayangkan. Tapi memang ada.

Tambah individu ini, banduan yang paling ramai ditahan di Penjara Taiping adalah mereka yang terlibat dengan kesalahan seksual termasuk seorang datuk merogol cucu, bapa merogol anak dan banyak lagi.

Orang Islam tu. Rumah jenis tak ada bilik di pedalaman. Banduan kesalahan seksual paling banyak. Termasuklah datuk rogol cucu. Banduan bunuh cincang mak dia ada juga sebab dadah.

Polis yang langgar budak sampai mati kat Ipoh pun ada dalam ni masih kena reman.

BACA: 15 tahun tiada isu bersuamikan mat salih, tiap tahun rai Krismas masalah timbul sejak ipar benda ni

Leave a Comment