Sebelum mengundi saya nampak kelibat Nazri ada, lepas tu menghilang – MP Bersatu

Oleh MHDAILY

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shahbudin Yahya menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menipu Dewan Rakyat selepas tersilap menandakan Nazri Abdul Aziz (BN- Padang Rengas) sebagai menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan dalam pengundian belah bahagi, semalam.

“Semasa membuat pengiraan undi, saya pada ketika sebelum beberapa minit itu, saya ada melihat Padang Rengas. Cuma semasa (undi RUU) yang berkenaan itu Padang Rengas mungkin tiada di situ.

“Saya tidak pasti, sehingga membuat aduan. Tapi saya yakin bahawa Padang Rengas ada pada ketika itu. Tapi, saya tidak ada niat untuk menipu dewan atau pun membuat suatu perkara yang bercanggah dengan peraturan dewan.

Baca Artikel Penuh