Sebahagian dari 114 penampakan UFO berjaya dibongkar identiti

Oleh MHDAILY

Sebahagian dari 114 penampakan UFO berjaya dibongkar identiti

Laporan perisikan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa sebahagian besar daripada objek terbang tidak dikenali (UFO) dilihat di ruang udara, kekal misteri tanpa berupaya dijelaskan tetapi tidak menolak kemungkinan sesetengahnya adalah kapal angkasa makhluk asing.

Laporan terbuka setebal sembilan muka surat yang dinanti-nantikan itu dikeluarkan Pejabat Pengarah Perisikan Nasional, semalam.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Menurut laporan itu, penyelidik hanya mampu memberi penjelasan berhubung satu daripada 144 penampakan UFO oleh pegawai kerajaan AS dan sumber antara 2004 hingga 2021 yang sering dilihat ketika aktiviti latihan ketenteraan.

Sebahagian dari 114 penampakan UFO

Satu-satunya insiden yang dapat diberi penjelasan itu membabitkan sebuah belon besar yang mengempis.

Menurut laporan itu lagi, 18 daripadanya meliputi beberapa yang diperhati dari pelbagai sudut, dilihat menunjukkan pergerakan atau ciri penerbangan luar biasa yang mengejutkan.

Antaranya, teguh bertahan menghadapi angin kencang di altitud tinggi dan bergerak dengan kelajuan ekstrem tanpa alat pendorong yang dapat dilihat.

Katanya, sebahagian daripada 144 penampakan terbabit berkemungkinan boleh dijelaskan sebagai objek buatan manusia atau semula jadi seperti burung ataupun dron yang mengganggu radar juruterbang, selain fenomena atmosfera semula jadi.

“Yang lain berkemungkinan adalah ujian rahsia pertahanan AS ataupun teknologi canggih tidak diketahui yang dicipta oleh Russia atau China,” katanya.

Laporan itu juga berkata, teknologi lebih maju diperlukan bagi mengenal pasti objek terbabit.

“Penampakan dikenali sebagai fenomena udara tidak dikenali (UAP) itu berkemungkinan tiada sebarang penjelasan khusus.

“Buat masa ini, kami kekurangan maklumat yang mencukupi dalam data untuk mengaitkan insiden berkenaan dengan penjelasan khusus,” katanya.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut kemungkinan – atau menolak – bahawa sesetengah objek dilihat itu mewakili kehidupan di luar muka bumi.

“UAP jelas menimbulkan isu keselamatan pesawat dan boleh memberi cabaran kepada keselamatan nasional AS,” katanya.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/06/832321/ufo-kekal-misteri-laporan-perisikan