Sebahagian besar negara OIC benarkan undi18, apa pula ‘dalil’ Hadi kali ini?

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dicabar untuk menjelaskan “pusingan-U” yang dibuatnya dalam menarik balik sokongannya kepada pindaan perlembagaan untuk menurunkan usia pengundian menjadi 18.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata jika tidak ada penjelasan yang tepat, ini hanya membuktikan bahawa undi Hadi menyokong pindaan di Parlimen pada tahun 2019 itu adalah tidak ikhlas.

“(Ini hanya bererti) ia bukanlah sokongan yang benar-benar jujur,” kata Lim.

Dewan Rakyat meluluskan sebulat suara rang undang-undang pentadbiran Pakatan Harapan untuk menurunkan usia layak mengundi pada 16 Julai 2019.

Rang undang-undang itu sepatutnya berkuat kuasa pada Julai tahun ini. Bagaimanapun, gabungan Perikatan Nasional-BN-GPS menangguhkan proses itu hingga 1 September 2022.

Hadi berkata, partinya menyokong penangguhan itu.

Namun, mengikut pengkritik, tindakan itu dirancang untuk memastikan pengundi antara 18 dan 20 tahun tidak boleh mengundi semasa pilihan raya umum berikutnya, yang dijangkakan diadakan selepas1 Ogos, sekiranya darurat ditarik balik.

Sementara itu, Lim membidas kejahilan Hadi yang tidak mengendahkan hakikat bahawa pengundian pada usia 18 semakin menjadi norma di dunia, terutama di kalangan negara anggota Pertubuhan Organisasi Negara-negara Islam (OIC).

Antara lain, Lim menyebut Arab Saudi, Iran, Iraq, Turki, Jordan, Algeria, Libya dan Palestin sebagai negara yang mempunyai peraturan tersebut.

Dia berkata di negara-negara lain seperti Brazil, Ecuador, Cuba, Nicaragua, Scotland dan Argentina, usia pengundian adalah lebih rendah – iaitu pada 16 tahun.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/568637

COMMENTS

Wordpress (0)