Sebab update IOS wanita ini terpaksa tukar skrin iPhone, ini kisahnya

Sebab update IOS wanita ini terpaksa tukar skrin iPhone, ini kisahnya. Sejak akhir-akhir ini banyak dengar rungutan daripada pemilik iPhone

Daripada kategori baru mengeluh akibat skrin paparan rosak. Dilaporkan isu ini banyak terjadi pada pemilik iPhone 13 dan 14.

Seorang pengguna Facebook, Rabiatul Isa telah berkongsi kronologi bagaimana skrin iPhone beliau mengalami kerosakan serta proses untuk mendapatkan ganti bahagian tersebut.

Sebab update IOS wanita ini terpaksa tukar skrin iPhone, ini kisahnya

Beliau menyatakan ketika sedang membuka aplikasi Instagram, tiba-tiba iPhone miliknya berkelip-kelip lalu terus bertukar kepada skrin putih.

iPhone 13 itu baru dibeli pada tahun 2021.

iphone
Setelah pergi mendapatkan khidmat bantuan kedai Switch di Alor Setar Mall, didapati tempoh jaminan telefonnya sudah pun tamat. Maka, kos untuk membaiki kerosakan itu bakal mencecah sehingga RM1,500.


Beliau pulang lalu menghubungi khidmat bantaun Apple. Pihak Apple sangat membantu dengan memberi solusi untuk membuat laporan kepada pihak mereka.

iphone

Malangnya, segala gambar dan perbualan WhatsApp yang ada di dalam iPhone tersebut akan hilang.

Cik Rabiatul turut mengongsikan langkah-langkah yang patut para pengguna iPhone lalui sekiranya menghadapi situasi yang sama.

iphone

Berita baiknya, pihak Apple akan menanggung kos penukaran skrin kerana kes ini berlaku bukan disebabkan oleh kecuaian pengguna.

BACa:

“Berjanji itu ini lepastu kau hilang menyepi”, wanita ini dedah Khai Bhar permain hati perempuan

Syed Saddiq bakal berkahwin tak lama lagi, ini tarikh yang didedahkan